29.11.2021 Views

Buku Garis Panudan PAK21 PPD Kulai

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21J

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

5.4 Contoh Aktiviti Didik Hibur

Nyanyian dalam

DIDIK HIBUR

Kebaikan Aktiviti Nyanyian

√ Menyanyi boleh menyumbang kepada

kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada

proses pembelajaran tetapi juga

pengalaman baharu kepada murid-murid

sewaktu mempelajari bahasa. Hal ini

mencetuskan perubahan dalam aktiviti

yang lazim ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah.

√ Menyanyi adalah sesuatu yang

menghiburkan. Justeru, murid-murid

berpeluang belajar dalam suasana yang

menyeronokkan.

√ Menyanyi dapat mempertingkatkan

motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang

tertumpu kepada penglibatan murid

sepenuhnya.

√ Menyanyi memberi peluang kepada muridmurid

untuk terlibat sepenuhnya dalam

aktiviti pembelajaran dan biasanya

melibatkan seluruh bilik darjah.

√ Menyanyi dapat membantu murid-murid

mengingat kembali bahasa yang dipelajari

dengan lebih baik berbanding aktiviti lain.

Rentak, irama dan melodi semuanya boleh

menerapkan perkataan-perkataan yang

dipelajari ke dalam otak secara berkesan.

√ Lagu boleh membantu murid-murid

menguasai perbendaharaan kata, sebutan,

intonasi, rima dan tekanan, struktur serta

bentuk ayat.

√ Nyanyian menyumbang kepada sesi

pengajaran guru yang menarik.

Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian

Santai –Mendengar lagu dan membaca seni

kata lagu yang digemari.

Kelakar –Mengubah suai seni kata lagu

mengikut jalan tema sendiri.

Seronok dan gembira –Banyak aktiviti

nyanyian dan gerak badan.

Semangat mencuba – Usaha murid

untuk menghasilkan cerita ringkas

daripada tema atau perkataan dalam

seni kata lagu berkenaan.

Tidak takut dan kurang stres –Guru turut

menyanyi bersama-sama murid.

Kaedah Mengajar Nyanyian

( i ) Kaedah keseluruhan lagu.

Kaedah ini sesuai untuk mengajar lagu yang

pendek. Selain itu, kaedah ini sesuai untuk

kelas yang pandai. Caranya dengan

memperdengarkan lagu secara keseluruhan

dengan muziknya. Sekurang-kurangnya tiga

atau empat kali. Guru menyanyikan

keseluruhan lagu dengan iringan atau tanpa

muzik. Selepas itu murid dibimbing untuk

membaca suku kata lagu dengan sebutan yang

betul. Seterusnya mengikut guru menyanyi

keseluruhan lagu secara sebutan a, e, i, o, u

secara berulang-ulang. Akhirnya murid-murid

menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan

muzik.

( ii ) Kaedah baris demi baris.

Kaedah ini sesuai untuk kelas yang lemah.

Caranya, guru akan memperdengarkan lagu

secara keseluruhan. Seterusnya murid

mendengar dan mengikut guru menyanyi

secara baris demi baris dan kemudiannya

keseluruhan lagu. Dalam masa yang sama

murid juga akan mengajar murid membaca seni

kata lagu. Jika murid mula menguasainya guru

akan membimbing murid menyanyi dengan seni

kata lagu sebaris-sebaris, berulang-ulang. Guru

dan murid-murid menyanyi lagu secara

keseluruhan bersama-sama. Seterusnya

meminta murid menyanyi sendiri dengan iringan

muzik atau tanpa iringan muzik. Akhir sekali

guru gunakan isyarat tangan.

√ Nyanyian memberi pengukuhan yang baik

dalam aspek pemahaman bahasa.

86

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!