29.11.2021 Views

Buku Garis Panudan PAK21 PPD Kulai

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21J

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

3.0 TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

3.1 Pengenalan

Pengaplikasian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran mestilah melihat

kepada kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam konteks pendidikan, kaedah dan

teknik merupakan satu perancangan atau siri tindakan guru semasa melaksanakan langkah-langkah

pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi

mencapai objektif pengajaran. Menurut Zamri Mahamod (2012), dalam melaksanakan kepelbagaian

kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan. Selepas

kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh melengkapkan

kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti

dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut

sebagai strategi. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru mengajar mengikut cara yang betul lagi

terancang. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran akan lebih

berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah-kaedah dan teknik yang telah disarankan dalam

bidang pengajaran.

Menurut Burton, Donelson, dan Haley (1975), pendekatan dan kaedah yang sesuai ialah pendekatan

dan kaedah yang memberikan peluang kepada murid untuk berusaha sendiri dalam pembelajaran. Guru

sebagai pembimbing manakala murid sebagai pelakon. Tujuannya ialah, murid-murid mendapat pengalaman

dan berpeluang menerima, menerapkan dan menyatukan nilai-nilai yang dipelajari itu kepada personaliti

mereka melalui pengalaman yang dialami.

Perkara ini jelas terbukti apabila Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang

memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir

murid. Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin

tahu dan belajar tentang cara untuk terus

mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu

menghubung kait pelbagai pengetahuan bagi

mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid

perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang

penting:

Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan

menginovasikan, menjanakan kemungkinan

baharu, mencipta idea atau pengetahuan baharu;

Penyelesaian Masalah dan Penaakulan:

keupayaan meramal masalah dan mendekati isu

secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi

mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat

keputusan; dan

Keupayaan Belajar: keupayaan memacu

pembelajaran sendiri, dengan kemampuan

menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

36

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!