29.11.2021 Views

Buku Garis Panudan PAK21 PPD Kulai

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21J

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

5.0 DIDIK HIBUR ’FUN LEARNING’

5.1 Apa Itu Didik Hibur ?

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai

pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur bermaksud menyenangkan atau

menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang bersifat santai dan berhibur. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari sesuatu

mata pelajaran akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

5.2 Ciri-Ciri Didik Hibur

Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur

estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru seperti yang dijelaskan

sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru, murid-murid sentiasa berada

dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran

pada hari berikutnya.

Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi

aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai

aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping

penggunaan TMK dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan

pembelajaran.

Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara

persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan

dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti.

Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan

seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud

semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk

memberikan satu persembahan yang menarik.

Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.

Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

84

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!