08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

4.2.5 Guna Tanah Institusi Dan Kemudahan Masyarakat

Guna tanah Institusi dan kemudahan masyarakat meliputi keluasan 319.10 hektar (2.22%). Guna tanah

institusi merujuk kepada premis yang menempatkan pejabat kerajaan dan agensi kerajaan. Kemudahan

masyarakat pula merujuk kepada penyediaan perkhidmatan asas kepada penduduk tempatan dan

sekitar yang mana ianya meliputi institusi keagamaan, pendidikan, keselamatan, keagamaan, kesihatan

dan perkuburan.

4.2.6 Guna Tanah Infrastruktur Dan Utiliti

Guna tanah Infrastruktur dan utiliti dicadangkan seluas 303.62 hektar (2.11%). Ianya meliputi bekalan air,

bekalan elektrik, sistem pengairan dan perparitan, pembentungan, talian telekomunikasi dan pelupusan

sisa pepejal.

4.2.7 Guna Tanah Pengangkutan

Guna tanah pengangkutan adalah seluas 1615.74 hektar (11.26%). Aspek yang dicadangkan meliputi

lebuhraya, jalan raya, landasan keretapi dan stesen-stesen serta terminal pengangkutan awam. Kawasan

yang dirizab untuk kegunaan pengangkutan dijangka bertambah dengan cadangan KLORR, cadangan

Lebuhraya BESRAYA serta cadangan jalan baru dan naik taraf jalan di dalam kawasan MPAJ.

4.2.8 Guna Tanah Tanah Lapang Dan Rekreasi

Guna tanah tanah lapang dan rekreasi merupakan kawasan yang digunakan untuk tujuan rekreasi,

beriadah, sukan, landskap dan perindahan iaitu taman bandar, taman kejiranan, taman permainan

kanak-kanak, stadium mini, kompleks sukan dan kawasan perkelahan. Guna tanah tanah lapang dan

rekreasi adalah seluas 460.43 hektar (3.2%).

4.2.9 Guna Tanah Badan Air

Guna tanah badan air adalah seluas 274.02 hektar (1.91%) meliputi badan air buatan dan badan air

semulajadi. Guna tanah badan air utama terletak di BP 4 : Kawasan Pemeliharaan iaitu Empangan Klang

Gates.

4.2.10 Guna Tanah Hutan

Guna tanah hutan yang dikategorikan sebagai kawasan ekoloji semulajadi merupakan guna tanah

terbesar seluas 7763.47 hektar (54.1%). Hutan ini termasuklah Hutan Simpan Hulu Gombak dan Hutan

Simpan Ampang yang telah diwartakan sebagai Taman Negeri Selangor.

4.3 SEKATAN PEMBANGUNAN

Bagi kawasan dengan ketinggian kurang 300 meter dari aras laut dibenarkan untuk pembangunan,

manakala bagi ketinggian melebihi 300 meter hingga 1000 meter dari aras laut hanya dibenarkan untuk

eko pelancongan dan rekreasi berimpak rendah.

Kawasan berkecerunan kelas III dengan ketinggian kurang 300 meter dari aras laut boleh

dipertimbangkan dengan mengambilkira aspek keselamatan, pemeliharaan cerun dan

kebolehlaksanaan pembangunan. Permohonan tertakluk kepada Garis Panduan Pembangunan Di

Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor 2010 dan perakuan Jawatankuasa Teknikal

Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Kawasan berkecerunan kelas 1V tidak dibenarkan untuk

pembangunan kecuali pembangunan infrastruktur dan projek berkepentingan nasional. Kawasan ini perlu

dikekalkan sebaik mungkin untuk memastikan cerun-cerun semulajadi dipelihara.

4-16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!