08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.19 : Garis Panduan Umum Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN

PEMBANGUNAN

4. Kawalan

Pembangunan

Di Rizab Sungai

GARIS PANDUAN UMUM PEMBANGUNAN

Tanpa mengira keadaan status tanah, segala perancangan pembangunan di dalam

lingkungan 50 meter daripada rizab sungai termasuk untuk kegunaan rekreasi perlu dikaji

dengan terperinci berdasarkan kepada kriteria yang disebut di bawah :-

i. Sungai Sebagai Tumpuan Utama Dalam Perancangan Pembangunan Baharu

• Pemindahan jajaran sungai tidak digalakkan

• Sungai perlu diberi tumpuan utama sebelum lain-lain perancangan

pembangunan di dalam perancangan susun atur.

ii.

iii.

Pelaksanaan Kerja -Kerja Pengindahan Rizab/Simpanan Sungai

• Pemaju perlu diwajibkan menyediakan pelan pengindahan dan rekreasi di

kawasan rizab sungai yang diluluskan oleh JPS semasa mengemukakan pelan

susun atur kepada PBPT.

• Rizab sungai boleh digunakan secara maksimum sebagai kawasan rekreasi,

kawasan hijau dan pengindahan dan pihak pemaju dibenarkan

mengusahakannya.

Pembangunan Tidak meningkatkan Kadar Aliran Kepada Sungai

• Kawasan Pembangunan yang mempunyai keluasan 10 hektar dan lebih, perlu

menyediakan kawasan kolam takungan “detention pond” atau “retention

pond” untuk mengawal kadar aliran kepada sungai.

• Pengiraan keluasan kolam tersebut berdasarkan kepada 3%-5% daripada

keseluruhan keluasan kawasan pembangunan.

iv. Bangunan -Bangunan Dan Infrastruktur Yang Kekal Tidak Dibenarkan Sama Sekali

Berada Di dalam Sungai dan Rizabnya

• Bangunan seperti bangunan pejabat, rumah, tiang elektrik, LRT dan sebagainya

termasuk paip gas, paip air dan kabel yang diletakkan /ditanam selari sepanjang

sungai tidak dibenarkan.

• Hanya kemudahan berkaitan seperti jeti atau kemudahan-kemudahan rekreasi

yang dapat digunakan semasa aliran air sungai rendah dan tidak mengganggu

semasa aliran air banjir dibenarkan.

v. Keperluan Menyediakan Aras Platform Bangunan Yang Mencukupi

• Aras platform minimum bergantung kepada keadaan setempat bagi tujuan

melindungi dan mengurangkan kerosakan akibat banjir.

• Kawasan perbandaran boleh menggunakan rekabentuk kala ulang 100 tahun

manakala bagi kawasan pertanian adalah 50 tahun.

vi.

Bangunan dan Pembangunan Infrastruktur Yang Dibina Perlu Mengambil Konsep

Pembangunan Di Tepi Sungai

• Perancangan dibuat agar pintu hadapan rumah menghadap sungai.

• Perancangan jalan masuk ke kawasan sungai dan boleh juga sebagai kawasan

jalan masuk untuk kerja-kerja pengendalian dan penyelenggaraan.

vii. Bangunan Dan Pembangunan Infrastruktur Hendaklah Tidak Menghalang

Pemandangan Persekitaran Sungai

• Bangunan perlu dirancang dengan mendirikan bangunan yang rendah di

hadapan dan tinggi di belakang bagi memastikan tiada halangan

pemandangan sungai

viii.

ix.

Kawasan Lapang Yang Sedia Ada Di Sungai Hendaklah Dikekalkan

• Perancangan infrastruktur berhampiran dengan sungai yang akan menghalang

atau menutupkan kawasan sungai dan sungai adalah tidak digalakkan.

Rizab Sungai Hendaklah Terbuka Kepada Orang Ramai

• Kawasan persekitaran sungai adalah harta awam dan memagarnya atau

seumpamanya adalah tidak dibenarkan (kecuali harta hak milik persendirian).

x. Persekitaran Semula jadi dan Kehidupan Sungai Dipelihara Dan Dipertingkatkan

• Mengekalkan keadaan semula jadi di rizab sungai sebagai zon hijau untuk

pembiakan flora dan fauna serta kehidupan air seperti ikan, udang dan lain-lain.

• Mengehadkan pembinaan struktur konkrit di tebing-tebing sungai dan

membenarkan sungai mengalir berliku-liku ke tahap yang tidak membahayakan.

• Pokok-pokok lama yang ada nilai-nilai komersial dan sebagainya tidak

dibenarkan ditebang atau dipotong.

9-46

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!