08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

ii. Keperluan Rizab Sungai Ini Adalah Bagi Tujuan: -

a. Sebagai ruang untuk melebarkan dan meluruskan sungai pada masa hadapan;

b. Sebagai ruang untuk kemudahan-kemudahan sungai seperti benteng;

c. Untuk bertindak sebagai dataran banjir;

d. Sebagai kawasan zon penampan untuk mengawal hakisan;

e. Untuk membenarkan sedikit hakisan tebing berlaku;

f. Sebagai laluan masuk bagi kerja-kerja penyelenggaraan;

g. Untuk membenarkan perkembangan liku-liku sungai;

h. Sebagai ruang untuk penyimpanan sementara tanah buang; dan

i. Sebagai ruang-ruang untuk kerja-kerja pengindahan dan rekreasi.

Semua pembangunan yang mempunyai sungai dalam kawasan pembangunannya perlulah

mengambil kira perancangan persekitaran kawasan sungai dan juga sungai tersebut.

Segala perancangan pembangunan perlulah dikaji dengan terperinci di dalam lingkungan 50m

daripada rizab sungai tanpa mengambil kira status tanah berdasarkan kriteria berikut:-

iii.

Sungai Sebagai Tumpuan Utama Dalam Perancangan Pembangunan Baharu

a. Pemindahan jajaran sungai tidak digalakkan; dan

b. Dalam perancangan tatatur, sungai perlulah diberi tumpuan utama sebelum lain-lain

perancangan.

iv. Pelaksanaan Kerja-Kerja Pengindahan Rizab Sungai/ Simpanan Sungai

a. Pemaju diwajibkan menyediakan pelan pengindahan dan rekreasi di kawasan rizab semasa

mengemukakan pelan susunatur dan diluluskan oleh JPS; dan

b. Rizab sungai sebagai zon penampan bagi mengawal pencemaran, hakisan permukaan,

pencerobohan setinggan boleh digunakan secara maksimum sebagai kawasan rekreasi,

kawasan hijau dan boleh diusahakan oleh pemaju dan boleh diambil kira sebagai sebahagian

daripada kawasan lapang yang perlu disediakan dalam projek pembanguan mereka.

v. Pembangunan Tidak Meningkatkan Kadar Aliran Kepada Sungai

a. Kawasan pembangunan melebihi 10 hektar atau lebih perlu menyediakan ‘detention pond

dan/atau retention pond’ bagi mengawal penambahan kadar aliran kepada sungai; dan

b. Pengiraaan kolam takungan ini berdasarkan kepada 4 % daripada keseluruhan keluasan

kawasan pembangunan tersebut. Penyediaan kolam takungan ini dibolehkan sebagai

sebahagian daripada 10% tanah lapang yang perlu disediakan daripada keseluruhan

kawasan pembangunan dan berupaya menakung air sekurang-kurangnya 5 jam.

9-49

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!