08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Bagi mencapai matlamat tersebut garis panduan akan membentuk

i. ‘Typology’ bangunan

ii. Garis panduan pembangunan di kawasan pembangunan baru (berskala besar

,pembangunan infill dan di kawasan berpotensi warisan)

iii. Pandangan (‘views’, axis’ dan ‘vista’)

A. Typology

‘Building Massing’/ peletakan blok bangunan di sepanjang jalan utama mempengaruhi kualiti

pandangan. Sebahagian daripadanya tidak mengambil potensi pandangan ke luar dan ke arah

Jalan Utama. Cadangan pengukuhan imej bangunan di tepi jalan ini dibahagikan kepada empat

bahagian mengikut ’typology’ bangunan. Cadangan pengukuhan imej bangunan mengikut

‘typology’ ditunjukkan di dalam Rajah 1 dan penjelasannya adalah seperti berikut :-

i

Typology 1 : Fasad Bangunan Menghadap Ke Arah Jalan Utama

a. Pengawalan papan iklan – meminimakan papan iklan dengan mengurangkan saiz dan

bilangan. Cadangan pengelompokan supaya ianya tidak bersifat individu, pengelompokan

kawasan perniagaan memberi satu identiti daripada mewakili individu. Contoh pemberian

nama daerah bandar;

b. Penyediaan kaki lima di tingkat bawah; dan

c. Tingkat atas akan memberi keutamaan kepada pembentukan fasad yang lebih menarik.

ii.

Typology 2: Bahagian sisi bangunan menghadap ke jalan utama

a. Mengubahsuai bangunan supaya dapat membentuk ’fenestration’ , ’verandah’, ’balcony’

bagi memperbaiki fasad;

b. Elakan ‘blank wall’ dinding yang kosong;

c. Membuat pengindahan melalui penanaman pokok yang sesuai;

d. Membuat replika fasad bersebelahan bagi menjaga kualiti pandangan; dan

e. Peluang membuat ‘intervention’.

iii.

Typology 3 : Bangunan Besar (Pasaraya) Yang Tidak Mempunyai Fasad Belakang Yang Ketara

a. Akses masuk ke bangunan di tingkat bawah dan ‘egress’ and ‘ingress’ tidak di bahagian

menghadap ke jalan utama tetapi melalui belakang atau tepi yang mana lebih sesuai

mengikut keadaan tapak; dan

b. Ketinggian mengikut ketetapan di dalam garis panduan.

9-91

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!