08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

6.11.2 Cadangan Memperkukuhkan Imej Dan Reka Bentuk Bandar –Jajaran Ampang

Lima cadangan bagi memperkukuhkan imej dan reka bentuk bandar bagi Jajaran Ampang (rujuk

Rajah 6.36) adalah :-

• Mempertingkatkan ‘permeability’ 1 bandar;

• Memperbaiki, memperindah dan membentuk ‘frontage’ (bahagian hadapan bangunan atau

hadapan lot atau di kiri dan kanan jalan utama);

• Meningkatkan kualiti dan membentuk nodus, kawasan lapang serta ruang awam;

• Meningkatkan tahap ’legibility’ bandar melalui penentuan, pembentukan dan pembaikan

mercu tanda, ‘view’, ‘vista’ dan ‘axis’; dan

• Lain-lain aspek reka bentuk bandar yang dapat membantu pengukuhan imej bandar.

i. ‘Permeability’ bandar ditingkatkan melalui:-

a. Penyediaan jalan susur bersambungan di sepanjang Jalan Ampang;

b. Pengukuhan rangkaian perhubungan di antara Pusat Bandar Ampang (Ampang Point-Pekan

Lama Ampang-Bandar Baru Ampang dan Ampang Waterfront) dan Pandan Indah;

c. Pembaikan kualiti pandangan persimpangan bertingkat melalui kawalan peletakan papan

iklan dan penyelengaraan struktur;

d. Memperkukuhkan imej simpang:-

• Persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Memanda

• Persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Merdeka

• Persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Wawasan Ampang

e. Melengkapkan rangkaian pejalan kaki di:-

• Sepanjang Jalan Ampang

• Penyediaan Jejak Warisan Ampang di sepanjang Jalan Besar Ampang di dalam bentuk

‘semi-mall’

f. Pemasangan lampu jalan, tong sampah, tandas awam serta perabot jalan.

ii.

Memperbaiki, Memperindah Dan Membentuk ’Frontage’ (hadapan bangunan atau hadapan

lot atau di kiri-kanan jalan utama)

Memperkukuhkan imej ’frontage’ dengan:-

a. Pengindahan landskap, penyediaan perabot jalan dan pencahayaan yang menarik:-

• Sepanjang Jalan Ampang

• Jalan Wawasan Ampang

• Jalan Merdeka

b. Pengawalan peletakan papan bil (billboard) dan papan iklan (rujuk Garis Panduan

Perancangan Reka Bentuk Bandar-Kawalan Papan Iklan Kawasan Warisan) di sepanjang jalan

utama seperti:-

• Jalan Ampang

• Jalan-jalan utama yang lain

c. Pemeliharaan bangunan yang berpotensi warisan mengikut kategori warisan yang

dikenalpasti (rujuk Rajah 6.37). Insentif boleh diberikan oleh PBT kepada pemilik bangunan

untuk menggalakkan usaha pemeliharaan secara lebih berkesan. Pemeliharan fasad

bangunan boleh dilaksanakan melalui kawalan garisan bumbung dan bentuk tingkap (rujuk

Foto 6.14 dan Rajah 6.38).

1 Tahap di mana sesuatu kawasan itu mempunyai laluan yang menarik, selesa dan selamat untuk dilalui.

6-69

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!