08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

iii.

Kemudahan Masyarakat

Selaras dengan pembangunan pesat Pandan Indah dan Ampang serta Melawati, beberapa strategi

kemudahan masyarakat yang disediakan haruslah mencukupi dan moden, mencapai tahap piawaian

agar setiap kemudahan yang disediakan adalah selamat dan selesa, serta perkhidmatan yang

ditawarkan perlu efisien (rujuk Rajah 3.2).

Strategi untuk menjadikan kawasan MPAJ sebagai sebuah zon perubatan dan kesihatan adalah

bersesuaian memandangkan terdapat hospital awam dan klinik kesihatan yang bakal dilengkapi

dengan peralatan yang canggih dan berteknologi tinggi serta kewujudan beberapa hospital swasta

serta klinik pakar yang menawarkan perkhidmatan perubatan yang terbaik. Dengan adanya

kemudahan-kemudahan ini, konsep ‘Health Tourism’ adalah tepat untuk dilaksanakan.

Bagi menjadikan kawasan MPAJ bebas jenayah dan mengurangkan masalah sosial, beberapa buah

balai polis dan balai polis komuniti dicadangkan untuk dibangunkan di kawasan yang padat dengan

penduduk dan pusat-pusat tumpuan utama. Program naiktaraf beberapa buah pondok polis sedia

ada turut dicadangkan bagi memastikan perkhidmatan keselamatan dapat diberikan dengan

menyeluruh. Cadangan naiktaraf ini melibatkan penyediaan kemudahan yang bertaraf moden dan

ruang yang lebih selesa serta anggota yang mencukupi dan terlatih.

Selain itu, strategi untuk menyediakan kemudahan untuk bersosial turut diambilkira dengan penyediaan

beberapa buah pusat komuniti yang turut diintegrasi dengan kawasan lapang dan rekreasi serta dapat

diakses oleh semua golongan masyarakat. Selain itu, balai raya dan dewan serbaguna sedia ada yang

sesuai akan dinaiktaraf kepada pusat komuniti yang dilengkapi dengan kemudahan bagi kegunaan

bangunan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Kemudahan untuk aktiviti bersosial ini dapat membantu dalam memastikan penduduk mempunyai

persekitaran kawasan kediaman yang selesa dan harmoni.

Kemudahan pendidikan yang mencukupi adalah perlu dalam memastikan taraf kehidupan penghuni

di kawasan MPAJ lebih sempurna. Terdapat beberapa buah sekolah menengah dan rendah yang

dicadangkan untuk tambahan blok bagi menampung pertambahan pelajar pada masa hadapan.

Selain itu, beberapa tapak komited turut dikenalpasti untuk dimajukan bagi menampung keperluan

masa hadapan. Turut dicadangkan adalah penyediaan kemudahan sokongan seperti lintasan zebra,

pemasangan CCTV serta pengindahan landskap di sekolah terpilih.

Memandangkan kawasan MPAJ ini terhad dengan tapak yang boleh dibangunkan, maka satu

kaedah telah dipilih untuk memastikan kemudahan yang disediakan adalah mencukupi. Kaedah ini

melibatkan kemudahan pendidikan dan kesihatan di mana diandaikan 50% daripada keperluan masa

hadapan akan ditampung oleh kemudahan di luar kawasan dan penyediaan dari pihak swasta.

Kemudahan keagamaan dan perkuburan pula adalah dijangka mencukupi sehingga tahun 2020.

Terdapat beberapa tapak komited dan tapak cadangan baru yang telah dikenalpasti untuk

menampung keperluan masa hadapan. Tapak perkuburan bersepadu akan disediakan dengan

kemudahan krematorium dan kolabarium.

Dengan segala kemudahan fizikal dan rohani yang disediakan adalah selaras dengan matlamat MPAJ

sebagai sebuah bandar selesa, sejahtera dan selamat berdasarkan unjuran 2020 (rujuk Jadual 3.4).

3-6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!