08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

g. Jajaran Perniagaan MRR2

Jajaran perniagaan telah dikenalpasti di sepanjang MRR2 iaitu dari Kg. Klang Gates Baharu hingga ke

Kg. Kuala Ampang. Ianya bertujuan untuk memperkukuhkan aktiviti perniagaan.

h. Penempatan Semula Gerai Makan

Sebagai sebuah kawasan metropolitan Ampang Jaya, seharusnya tidak terdapat gerai makan yang

buruk, usang dan tidak menarik. Pada tahun 2020, kawasan MPAJ akan bebas dari aktiviti penjaja di

laluan pejalan kaki dalam bangunan dan di bahu jalan. Langkah-langkah berikut dicadangkan untuk

mengatasi masalah ini:-

a. Menyediakan medan selera moden dalam bangunan perniagaan dan kompleks pejabat;

b. Menyediakan kompleks medan selera; dan

c. Penggunaan gerai bergerak/mudah alih. Ini akan membolehkan peniaga makanan memberikan

khidmat jualan makanan siap pada waktu-waktu tertentu (sarapan dan makan tengahari) dan

lokasi tertentu (kawasan gerai malam).

Bagi kawasan kediaman, aktiviti ini akan disediakan melalui penyediaan ruang niaga di pusat

kejiranan. Penyediaannya adalah melalui arahan kelas kegunaan tanah dalam garis panduan

kediaman. Strategi RT adalah memastikan pemaju kediaman, pusat-pusat perniagaan, kompleks

pejabat dan kompleks membeli-belah menyediakan ruang-ruang niaga untuk menempatkan penjaja.

i. Penyediaan Kemudahan Sukan Dan Rekreasi Swasta

Kemudahan sukan dan rekreasi swasta dicadangkan untuk melengkap dan menyokong kemudahan

sedia ada. Melalui cadangan ini, peminat sukan dan rekreasi boleh mendapatkan perkhidmatan

gelanggang dan termasuk khidmat jurulatih. Antara lokasi yang dicadang adalah :-

a. Kawasan perniagaan baru di Jalan Hulu Langat;

b. Kawasan perniagaan di Jajaran Ampang; dan

c. Bangunan/Kompleks perniagaan.

iii.

Strategi Pembangunan Industri

Aktiviti industri akan terus kekal sebagai salah satu aktiviti utama yang menjana ekonomi penduduk

MPAJ.

Strategi pembangunan industri berlandaskan elemen-elemen berikut (rujuk Rajah 3.13 ):-

a. Menghadkan Pembangunan Kawasan Industri Baru

Kawasan MPAJ mempunyai kesediaan tanah untuk pembangunan yang terhad. Oleh yang demikian,

pembangunan kawasan industri baru perlu dihadkan. Dicadangkan tambahan kawasan industri

adalah seluas 166.69 hektar (rujuk Jadual 3.16). Kawasan tambahan ini adalah melibatkan penukaran

aktiviti guna tanah dari kediaman dan perniagaan kepada industri.

Jadual 3.16: Unjuran Keperluan Keluasan Kawasan Industri

PERKARA

DATA ASAS

2007 2020 TAMBAHAN

Pekerjaan 26,767 32,600 5,833

Keluasan (hektar) 155.51 166.69 11.18

Nisbah pekerja/keluasan tanah

(orang per hektar)

172.12 170.12 Dikekalkan

3-25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!