08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

7.10 CADANGAN PEMBANGUNAN PENGANGKUTAN

7.10.1 Objektif Pembangunan

Tiga (3) objektif pembangunan BP 3 yang dicadangkan untuk panduan pembangunan sistem

pengangkutan masa hadapan adalah seperti berikut :-

i. Meningkatkan kemudahsampaian melalui cadangan jalan baharu;

ii. Meningkatkan inisiatif pengangkutan awam untuk menggalakkan penggunaan sistem

pengangkutan awam; dan

iii. Mewujudkan sistem jaringan jalan raya yang meyeluruh, efisien dan selamat.

7.10.2 Cadangan Lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR)

i. Cadangan Lebuhraya KLORR

Dicadangkan satu rangkaian jalan utama strategik untuk penyuraian kenderaan yang menggunakan

MRR2. Salah satu komponen rangkaian tersebut adalah Lebuh Raya Lingkaran Tengah Kuala Lumpur –

Seksyen Timur (KLORR) yang dibina di bahagian timur MPAJ. Laluan cadangan sepanjang 39.5 KM ini

merangkumi enam (6) persimpangan bertingkat iaitu di Persimpangan Bertingkat Sungai Long,

Persimpangan Bertingkat Bandar Mahkota Cheras, Persimpangan Bertingkat Hulu Langat, Persimpangan

Bertingkat Ampang, Persimpangan Bertingkat Ukay Perdana dan Persimpangan Bertingkat UIAM. Jajaran

KLORR ini telah mengambilkira kesan alam sekitar Permatang Kuartza dari segi :-

i. Kesan terhadap aliran sungai dan kawasan tadahan air Empangan Klang Gate;

ii. Perlindungan kepada spesis-spesis flora dan fauna dalam kajian terperinci EIA;

iii. Perlindungan kepada spesis-spesis pokok yang dilindungi;

iv. Cadangan ‘Animal Crossing’ di lokasi-lokasi yang bersesuaian;

v. Meminimakan penempatan penduduk di sepanjang jajaran KLORR;

vi. Kerja tanah yang minimum dengan pembinaan terowong bawah tanah berdekatan Permatang

Kuartza; dan

vii. Penyediaan ‘Noise Barrier’ sekiranya melalui kawasan perumahan.

Selain daripada sistem jalan raya, sistem pengangkutan awam juga perlu dipertingkatkan. Dicadangkan

laluan bas dari Pandan Indah ke Terminal Putra, Gombak bagi melancar dan mempercepatkan

perjalanan pengangkutan awam (rujuk Rajah 7.38).

7.10.3 Cadangan Persimpangan Baru Dan Naik Taraf Persimpangan

i. Cadangan Persimpangan Bertingkat Jalan Ukay Perdana / Lebuh Raya KLORR

Cadangan KLORR ini akan menaiktaraf jalan masuk sedia ada ke Ukay Perdana dan jalan hubungan

Kampung Pasir di MRR2 bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan setempat dan menghubungkan

rangkaian jalan sedia ada (rujuk Rajah 7.38).

7.10.4 Cadangan Pengangkutan Awam

i. Cadangan Sistem Pengangkutan Rel

Cadangan peningkatan sistem pengangkutan awam yang dicadangkan di dalam kawasan kajian

adalah cadangan sambungan kepada jajaran rel yang telah dicadangkan di dalam Pelan Bandar Raya

Kuala Lumpur 2020.

Cadangan Jajaran rel ini bermula dari timur sempadan Kuala Lumpur / Majlis Perbandaran Ampang Jaya

berhampiran Persiaran Permata. Dicadangkan sambungan rel ini melalui MRR2 dan Jalan Ukay Perdana.

Tiga (3) stesen telah dicadangkan bagi laluan rel ini.

7-73

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!