08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

iv.

Cadangan Tanaman

Antara beberapa spesis tanaman pokok sederhana rendah yang disyorkan ialah:-

Jadual 9.45 : Spesis Tanaman Pokok Sederhana Rendah

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BENTUK

Mesua ferrea Penanga Lilin Silara Bujur

Filicium decipiens Kiara Payung Silara Bulat

Erythrina orientalis Dedap Silara Kon

Erythrina variegata Dedap Batik Silara Kon

Michelia alba Cempaka Putih Silara Bulat

Saraca indica Gapis Silara Bujur

E. Garis Panduan Rekabentuk Landskap Bagi Kawasan Jalan Dan Rizab Pemisah

Rupa bentuk landskap di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh sebahagian besar dari keadaan landskap di

pinggir jalan dan rizab pemisah. Tujuan landskap pinggir jalan atau lebuh raya adalah untuk mewujudkan

persekitaran jalan yang sempurna dan seragam. Ia dapat memenuhi fungsi sebagai panduan arah,

teduhan, lindungan silauan lampu kenderaan, pengadang bunyi, penghalang penglihatan yang tidak

menarik dan juga bagi tujuan memperindahkan lagi pemandangan.

Bagi tujuan garis panduan ini beberapa jenis jalan sahaja yang dijadikan panduan.

i. Keperluan Ruang

Rizab landskap yang meliputi kawasan siar kaki dan kawasan penanaman perlu disediakan di kedua-dua

belah jalan mengikut kelebaran jalan. Bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang baik, rizab landskap

pinggir jalan mestilah berukuran minimum 3m lebar dan bagi pembahagi jalan mestilah berukuran

minimum 2m. Di antara keperluan ruang adalah:-

a. Lebar mengikut hierarki jalan. Walau bagaimanapun, keperluan ruang penanaman di tepi jalan

ialah minimum 1.5m lebar;

b. Ruang penanaman minimum 300mm lebar perlu disediakan di tepi tembok atau jambatan untuk

penanaman tanaman memanjat;

c. Kotak tanaman berukuran minimum 500mm lebar dan 500mm dalam perlu disediakan di

sepanjang jambatan/ jejantas untuk penanaman pokok renek;

d. Ruang penanaman minimum 3m lebar perlu disediakan bagi mengadang pemandangan tidak

menarik;

e. Landskap di kawasan jalan perlu juga mengambilkira pemeliharaan titik pemandangan jauh yang

cantik dan pengekalan keadaan landskap sedia ada; dan

f. Landskap di kawasan jalan juga dapat diperkuatkan dengan kombinasi elemen landskap kejur

seperti papan tanda, siar kaki dan perabot landskap yang lain.

Rajah 9.38 : Ilustrasi Elemen Kejur Yang Dicadangkan Di Pinggiran Jalan

9-109

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!