08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

d. Pengurusan Lalu Lintas Di Pusat Bandar

Pelaksanaan sistem pengurusan lalu lintas yang menyeluruh perlu bagi memastikan aliran lalu lintas

yang cekap, selamat dan berkesan. Pengurusan ini juga bertujuan menyediakan kemudahan pejalan

kaki dan tempat letak kereta khusus di pusat bandar bagi keselesaan pengguna.

• Penyediaan Tempat Letak Kenderaan Berpusat

Penyediaan tempat letak kereta berpusat diperlukan terutamanya di Pusat Bandar Ampang

Point dan Taman Melawati untuk memastikan penyediaan tempat letak kereta mencukupi.

Selain itu ia juga bertujuan memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang disediakan bagi

menggelakkan gangguan aliran lalu lintas.

• Cadangan Rangkaian Laluan Pejalan Kaki Dan Lintasan Pejalan Kaki

Laluan pejalan kaki yang menyeluruh dan bersambung perlu disediakan bagi menghubungkan

kawasan aktiviti perdagangan terutama di Pusat Bandar Ampang Point. Lintasan pejalan kaki

juga disediakan di jalan utama yang menjadi tumpuan pejalan kaki seperti di Jalan Pandan

Utama, Jalan Ampang dan Jalan Pandan Indah.

e. Cadangan Sistem Pengangkutan Awam

Empat (4) jajaran rel dicadangkan iaitu sambungan daripada cadangan Pelan Tempatan Kuala

Lumpur 2020 bagi meningkatkan kemudahan pengangkutan awam. Jajaran yang dimaksudkan

adalah:-

• Jalan Kuari ke Jalan Pandan Utama (Taman Cheras)

• Jalan Ampang ke Bukit Ampang (Ampang Point)

• Wangsa Maju ke Ukay Perdana (Zoo Negara)

• Jalan Genting Kelang ke MRR2 (Taman Melawati dan Sri Rampai)

Disamping itu, satu laluan bas dicadangkan untuk menghubungkan Pandan Indah ke Terminal Putra,

Gombak. Laluan bas ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahsampaian dari Pandan Indah ke Jalan

Ampang, Ampang Point, Lembah Keramat, Taman Permata dan Taman Melawati (rujuk Rajah 3.17).

Cadangan pembaikan pengangkutan awam juga meliputi cadangan menyediakan stesen bas, stesen

rel dan kemudahan ‘Park-And-Ride’.

3-32

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!