08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

1.0 PENGENALAN

Rancangan Tempatan (RT) adalah rancangan pemajuan yang mengandungi perincian cadangancadangan,

dasar serta strategi yang telah dikenalpasti di peringkat Rancangan Struktur Negeri (RSN).

Cadangan-cadangan ini termasuklah memperelokkan keadaan alam sekitar, lalu lintas, infrastruktur,

kemudahan-kemudahan dan ameniti-ameniti di dalam kawasan RT (Seksyen 12 (3) Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020 (RT MPAJ 2020) merupakan dokumen

perancangan yang mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis. Cadangan-cadangan yang

dikemukakan disokong oleh jadual kelas kegunaan tanah dan garis panduan perancangan.

1.1 OBJEKTIF RANCANGAN TEMPATAN

RT MPAJ 2020 disediakan untuk mencapai lapan (8) objektif berikut :-

i. Menterjemahkan dasar-dasar yang telah digariskan dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan

RSN Selangor ke dalam bentuk fizikal dan menilai kejayaan pelaksanaan dasar-dasar tersebut;

ii.

iii.

iv.

Menggubal strategi pembangunan yang bersesuaian bagi kawasan MPAJ;

Membentuk satu rangka kerja pembangunan guna tanah bagi memaju dan menggunakan

tanah dan membangunkan kawasan MPAJ berdasarkan isu dan potensi;

Menyediakan langkah-langkah bagi melindungi dan memperelokkan alam sekitar, memelihara

topografi, memelihara pokok dan memelihara tapak dan bangunan bersejarah yang bernilai

estetik yang mungkin ada dalam kawasan MPAJ;

v. Merancang penyediaan kawasan lapang/rekreasi serta langkah pengindahan dan landskap;

vi.

vii.

viii.

Merancang pembangunan rangkaian sistem perhubungan lalu lintas dan komunikasi;

Menyediakan garis panduan kawalan pembangunan merangkumi aspek reka bentuk bandar,

perumahan, industri, perniagaan, penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti, kemudahan

masyarakat dan Iain-lain yang berkaitan; dan

Menyediakan garis panduan dan rangka kerja mengenai aspek pertanian, pengekalan,

pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar.

1.2 PROSES PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN

RT MPAJ 2020 disediakan melalui tujuh (7) peringkat utama mengikut keperluan perundangan iaitu

Keperluan Penyediaan RT, Publisiti Awal, Penyediaan RT, Publisiti RT, Siasatan dan Pendengaran Awam,

Kelulusan RT, Pemberitahuan kepada Pihak berkuasa Negeri dan Pewartaan RT (rujuk Rajah 1.1).

1-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!