08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

iv.

Kemudahan Rekreasi Dan Landskap

Penyediaan kemudahan rekreasi dan landskap adalah penting untuk mewujudkan suasana kehidupan

yang baik dan lebih kondusif. Pendekatan yang diambil dalam menentukan strategi ini ialah dengan

membuat penilaian ke atas semua isu, prospek dan sasaran yang telah dikenalpasti daripada sektorsektor

strategik. Selain itu, dasar dan strategi semasa peringkat nasional dan negeri juga diambilkira

bagi memastikan strategi pembangunan yang dihasilkan adalah selari dengan perancangan yang

ditetapkan.

Penekanan kepada kawasan-kawasan rekreasi dan landskap serta kemudahan sokongan yang perlu

disediakan dan dikekalkan supaya dapat menggalakkan lebih ramai pengunjung mengunjungi MPAJ.

Di samping itu ianya dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor amnya malah ianya

dapat digunakan untuk tujuan riadah dan rekreasi bagi semua lapisan masyarakat.

Penyediaan kawasan rekreasi adalah dirujuk kepada keperluan dan kehendak penduduk tempatan

agar prinsip selesa yang dicadangkan tercapai dalam membangunkan kawasan perbandaran yang

selamat dan dilengkapi pelbagai kemudahan rekreasi.

Kemudahan landskap diberi penekanan kepada kawasan-kawasan pusat bandar seperti pusat

bandar Pandan Indah, Ampang dan Taman Melawati. Ini adalah kerana kawasan pusat bandar

tersebut perlu mencerminkan identiti seimbang di antara pembangunan pesat pusat bandar dan

kualiti persekitaran.

Cadangan pembangunan rekreasi adalah melibatkan cadangan menaiktaraf taman rekreasi sedia

ada serta cadangan kawasan rekreasi baru dalam skala yang lebih besar dalam memenuhi kehendak

dan keperluan penduduk tempatan. Bagaimanapun taman-taman rekreasi berskala kecil seperti lot

permainan dan padang permainan tidak ketinggalan dalam memastikan pembangunan kawasan

rekreasi dan landskap yang menyeluruh di dalam pentadbiran MPAJ.

Komponen-komponen utama yang perlu diambilkira di kawasan rekreasi adalah dari segi :-

i. Pusat sumber dan tempat letak kereta;

ii. Gelanggang bola keranjang dan badminton di kawasan rekreasi;

iii. Taman Permainan Kanak-kanak;

iv. Kawasan yang dilandskapkan; dan

v. Tapak Perjumpaan.

Cadangan pembangunan landskap merangkumi cadangan landskap Jalan Pandan Utama, Jalan

Ampang dan Jalan Taman Melawati. Cadangan landskap ini merangkumi cadangan pengindahan

jalan utama dengan pokok teduhan dan renek berbunga. Namun begitu jalan-jalan utama yang lain

juga perlu diberi perhatian dalam memastikan berada dalam keadaan baik dan selamat agar

keselamatan pengguna terutama pengguna pejalan kaki terjamin. Ini sejajar dengan prinsip selesa iaitu

membangunkan kawasan perbandaran yang selamat dan dilengkapi pelbagai kemudahan.

Ringkasan cadangan rekreasi dan landskap telah disenaraikan mengikut BP (rujuk Jadual 3.5 dan

Rajah 3.3).

Jadual 3.5: Cadangan Rekreasi Dan Landskap Mengikut Blok Perancangan

BLOK PERANCANGAN

BP 1: Pandan Indah

BP 2: Ampang

BP 3: Melawati

BP 4: Kawasan

Pemeliharaan

CADANGAN REKREASI DAN LANDSKAP

• Menaiktaraf Taman Bandar Pandan Indah

• Pembangunan Taman Rekreasi Persisiran Sungai Seputih

• Pembangunan Taman Rekreasi Tasik Pandan Perdana

• Pembangunan Stadium Mini Di Taman Tasek Tambahan

• Pembangunan Landskap Di Jalan Pandan Utama

• Pembangunan Stadium Mini Di Pandan Perdana

• Pembangunan Kompleks Sukan Mini Ampang (Taman Kosas)

• Pembangunan Landskap Di Jalan Ampang

• Pembangunan Taman Sukan Lasak Taman Melawati

• Pembangunan Rekreasi Persisiran Sungai Klang Di AU3

• Pembangunan Landskap Di Jalan Taman Melawati

• Menaiktaraf Kawasan Rekreasi Di Kg. Kemensah Hilir

• Menaiktaraf Taman Rimba Ampang

3-9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!