12.07.2015 Views

PRA3105 - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam

PRA3105 - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam

PRA3105 - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKDalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah, Tunjang Kognitif yang mengandungmatapelajaran Matematik dan Sains merupakan tunjang teras yang penting. Mengapapentingnya kanak-kanak diajar Matematik? Bagaimana guru boleh mendedahkan kanakkanakdengan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam situasi yangmenyeronokkan dan bukannya sesuatu yang menakut dan membosankan mereka?Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody & Ginsburg (1990),menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan matematik yang tidakformal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah.Semasa bermain, kanak-kanakakan menggunakan istilah-istilah matematik seperti „lebih tinggi‟, „lebih rendah‟,„segitiga‟,‟bulat‟, „tiga‟,‟dua‟, dan sebagainya. Selain itu proses-proses pembelajaran yangtidak formal tentang pengetahuan matematik, seperti ukuran, ruang, bentuk geometri danlain-lain juga berlaku semasa bermain.Maka, pembelajaran matematik berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi denganpersekitarannya, rakan sebaya dan guru. Pengalaman seseorang kanak-kanak itu yangmerupakan asas kepada pembinaan pengetahuan matematik dalam minda jugaberhubungkait dengan persekitarannya. Dalam proses membesar, kanak-kanakmemperoleh pengalaman melalui proses interaksi iaitu dengan melakukan pemerhatian,mendengar, bercakap, menyentuh, merasa, meniru dan sebagainya. Antara kepentinganpembelajaran Matematik adalah;a) Melatih individu menaakul secara logik dan rasional.b) Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan,makanan, pembelajaran dan membuat kerja.(Contoh: mengira berapa banyak masakita perlukan untuk bekerja, berapa banyak makanan yang diperlukan untuk ahlikeluarga, dan berapa harga makanan yang hendak dibeli)c) Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simboldalam matematik. (contoh: meramalkan keadaan lalulintas dan merancang masauntuk mulakan perjalanan ke sesuatu tempat)d) Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan,menyukat, membuat graf, membilang dan operasi nombor.e) Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik.f) Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. (contoh: menerangkan bagaimanakita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)14

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!