Views
6 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.3.2.4 AKTIVITI 4 TAJUK

6.3.2.4 AKTIVITI 4 TAJUK : APERANTIS OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :- 1. Membuat perancangan mengendalikan sesuatu projek. 2. Mempelajari pengurusan sesebuah organisasi yang dinamik. 3. Meningkatkan citra diri kepimpinan dalam kalangan peserta. Tempoh Masa : 120 minit Bahan : Kertas warna, gunting, gam Langkah : 1. Fasilitator memberi taklimat kepada semua peserta. 2. Peserta diminta mencari sampul surat berwarna dari personalia yang mempunyai kod rahsia untuk mendapatkan tugasan. 3. Fasilitator menerangkan tugasan yang akan dilaksanankan berdasarkan sampul surat yang telah di perolehi. 4. Peserta duduk dalam kumpulan masing-masing dan membincangkan tugasan yang telah diperolehi. 5. Peserta akan dinilai mengikut perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang akan dijalankan pada Pameran Kerjaya. REFLEKSI /RUMUSAN : 1. Perancangan organisasi yang tepat menghasilkan produk yang berkualiti. 2. Kepimpinan proaktif menghasilkan cara kerja cemerlang. 3. Setiap insan saling lengkap melengkapi. 112

6.3.2.5 AKTIVITI 5 TAJUK : Raja Borong OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Mengetahui pelbagai kaedah yang penyampaian maklumat yang boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti. 2. Melatih kemahiran komunikasi. MASA : 60 minit BAHAN-BAHAN: Produk jualan atau buku LANGKAH : 1. Fasilitator meminta peserta berkumpul dalam bulatan kecil. 2. Fasilitator meminta setiap kumpulan memilih seorang sebagai peniaga dan yang lain pembeli. 3. Setiap peserta yang terpilih sebagai peniaga akan diberi produk untuk dijaja kepada pelanggan. 4. Peserta lain akan berlakon sebagai pelanggan. 5. Peniaga perlu menggunakan pelbagai kemahiran komunikasi untuk mempengaruhi pelanggan. 6. Peserta lain memainkan peranan untuk membeli barang dan bertanya untuk proses tawar menawar. 7. Semasa aktiviti tawar menawar berjalan peserta lain diminta memerhati, mencatat dan memberi maklumbalas mengenai pengajaran selepas selesai aktiviti. 8. Setiap peserta mengulas beberapa kemahiran yang telah diperhatikan daripada lakonan tadi. REFLEKSI / RUMUSAN : 1. Setiap insan perlu menggunakan kemahiran komunikasi yang sesuai berdasarkan keadaan semasa. 2. Kemahiran komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian supaya dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan mempengaruhi orang lain. 113

ekey modul za Urmet SINTHESI
Skripta pro Motivační modul - Job asistent
Modul Datové schránky - Cígler software, a.s.
Engineers Love Cooking - Recipes Collection Vol. 1
New Balance Athletic Shoe, Inc. Supplier Code of Conduct
Profesionální nářadí
Modul EDI komunikace - Cígler software, a.s.
INFORMACIONI SISTEM VLADE REPUBLIKE SRBIJE doprinos ...
Ocjenjivanje sukladnosti i akreditacija
41507-Moduflex 2008.indd - TEMPEX.sk
Miroslav Šedivý, Telefónica O2
Prospekt mikrosystémů - Siemens, s.r.o.
PDF pozvánka - Controller Institut
Trajnostna mobilnost - Zbirka gradiv za učitelje in učence od ... - Focus
kompletného sortimentu - EL-Mont