Views
5 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.3.2.6 AKTIVITI 6 TAJUK

6.3.2.6 AKTIVITI 6 TAJUK : Bolehkah saya? OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. menguasai persediaan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas temu duga. 2. menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi temu duga. MASA : 60 minit BAHAN-BAHAN: Bahan ceramah dan Lampiran jika perlu, Kertas dan pen LANGKAH : Bahagian 1 1. Fasilitator boleh memilih untuk menjemput ceramah daripada Institusi Pengajian Swasta atau pegawai-pegawai mengenai tatacara menghadapi temuduga. 2. Jika tidak dapat menjemput penceramah, fasilitator boleh menggunakan bahan lampiran sebagai panduan untuk memberikan ceramah kepada para peserta. Fasilitator juga boleh memberikan tips untuk menulis resume. Bahagian 2 1. Setelah ceramah disampaikan kepada peserta, fasilitator boleh menjalankan aktiviti memain peranan seperti berikut: 1.1 Peserta diagihkan kepada 4 orang dalam 1 kumpulan; seorang berperanan sebagai orang ditemu duga, dan 2 orang sebagai pemerhati. 1.2 Pemerhati memberi perhatian tentang aspek-aspek yang telah dinyatakan dalam ceramah. 1.3 Dalam kumpulan besar, bincangkan kelemahan dan kelebihan masing-masing dan cara untuk memperbaiki. 2. Selain main peranan, fasilitator juga digalakkan untuk menjemput sama guru yang berpengalaman atau bekas pelajar atau ibubapa yang berpengalaman untuk menjadi 114

penemuduga bagi memberi peluang kepada para peserta merasai suasana temuduga yang sebenar. REFLEKSI / RUMUSAN : 1. Untuk menghadapi temuduga, kita perlu bersedia dari segi: Ilmu pengetahuan umum khasnya dari segi bidang yang dipohon Pakaian Ketepatan masa. Sijil dan dokumen 115

婆婆和育劳 Nenek Dengan Yeok Luat 试阅本
Modul EDI komunikace - Cígler software, a.s.
ekey modul za Urmet SINTHESI
Umetnost i nauka koučinga modul 1.pdf - Lako do posla
Skripta pro Motivační modul - Job asistent
Modul Datové schránky - Cígler software, a.s.
Modul 2 - Sve je marketing, marketing je sve
kumpulan ringkasan ceramah dhamma.pdf - buku Dharma
Modul MS 05 Serie - Casasana
CerapurMaxx Cerapur Modul Cerapur Smart ... - PLASTBUD.Net
ekey modul za bTicino SFERA (.pdf)