Views
5 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.3.5.3 AKTIVITI 3 TAJUK

6.3.5.3 AKTIVITI 3 TAJUK : Penerokaan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Melatih peserta meneroka permasalahan yang dibawa. 2. Melatih memahami permasalahan dengan betul juga membantu menganalisis permasalahan dengan lebih fokus dan berobjektif MASA : 120 minit BAHAN-BAHAN: 2 batang Pen berlainan warna, Lampiran 17 LANGKAH : 1. Fasilitator meminta peserta membentuk 4 kumpulan kecil dan setiap kumpulan mengandungi 5 orang. 2. Fasilitator mengedarkan bahan edaran seperti lampiran dan peserta hendaklah melengkapkan skrip yang diberi. 3. Setelah 30 minit, fasilitator akan meminta setiap peserta dalam kumpulan menerangkan jawapan masing-masing secara bergilir-gilir. 4. Fasilitator meminta ahli kelompok memberi respon apakah permasalahan yang timbul adakah dari pemikirannyakah, perasaannyakah,perlakuannyakah atau pengalamannyakah. 5. Peserta diminta melatih kemahiran meneroka ini sesama sendiri berpandukan skrip yang diberi. REFLEKSI / RUMUSAN : 1. Permasalahan yang dibawa perlu diterokai dengan tepat. 2. Kedua-dua pihak hendaklah memahami permasalahan dengan betul dan membantu menganalisis permasalahan dengan lebih objektif dan mengetahui apakah perkara pokok. 130

Lampiran 17 Sila isikan di tempat yang disediakan respon bagi setiap kenyataan yang diberikan. Klien 1 : Setiap kali saya mau berjumpa dengannya dia sentiasa sibuk dan tidak ada masa untuk saya. Kalaupun berjumpa hanya untuk satu atau dua minit sahaja. Tiada apa yang dapat kami bincangkan... PRS :_______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ Klien 2 : Di rumah saya dimarah, di sekolah juga saya sentiasa dimarah guru, kadangkala saya menjadi ejekan kepada kawan-kawan.... boringnya..... PRS :_______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ Klien 3 : Bila saya mendapat berita yang anak saya sakit kuat, saya tidak dapat membuat apaapa pertimbangan. Saya panik dan terus balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa.... saya tak sangka ini akan menjadi masalah pula.... (tunduk dan kelihatan sedih) PRS :_______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ 131

Modul Digital Painting_Resize
Målplan modul 2 - Butiksoptimering-2 aflever
婆婆和育劳 Nenek Dengan Yeok Luat 试阅本
Pantun Remaja
Modul 45 - OBO Bettermann
Program Modul II - PharmInvent
Modul P&P Nombor dan Operasi Tahun 2
KUNTUM MAGAZINES
Modul EDI komunikace - Cígler software, a.s.
ekey modul za Urmet SINTHESI
Umetnost i nauka koučinga modul 1.pdf - Lako do posla
DZIKIR ALA MBAH OED
Skripta pro Motivační modul - Job asistent
Modul Datové schránky - Cígler software, a.s.
Modul 2 - Sve je marketing, marketing je sve
Modul MS 05 Serie - Casasana
Modul B
tutaj. - PRS
kumpulan ringkasan ceramah dhamma.pdf - buku Dharma
CerapurMaxx Cerapur Modul Cerapur Smart ... - PLASTBUD.Net
zum Modul-Lehrberuf Elektrotechnik
Dongeng untuk anak muslim
Buku Panduan Pengurusan PSS Untuk GPM l BTP2007
jadual dan kumpulan sukan
egeplast SL PP-B Modul Drucklose R ohrsysteme
Mama Papa Jan 2015
product catalogMALAYSIA-2
Catalog Grille - Dinies Enterprise
Pemancing Asia - Isu #053 Isu Digital - Malaysia