13.02.2018 Views

MODUL PRS KEBANGSAAN

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Lampiran 16

Cara membincangkan Alternatif dan membuat keputusan.

PRS

: Dari perbincangan kita tadi, nampaknya perkara yang paling mengganggu anda ialah keadaan

abang yang tidak dapat dikawal lagi oleh keluarga. Keadaan ini mengganggu prestasi belajar dan

hubungan anda adik beradik juga ibu dan ayah. Anda juga merasa ingin mendapatkan cara yang

baik untuk menghadapi masalah ini. Mari kita bincangkan beberapa langkah yang boleh kita

ambil. Selama ini bagaimana anda menguruskan perkara ini?

Klien : Selama ini saya hanya serahkan pada ibu bapa untuk menguruskan masalah ini. Tetapi

kebelakanagn ini ibu bapa saya juga sudah tidak dapat mengawalnya lagi. Jadi saya perlu cari

cara lain....

PRS

Klien

PRS

Klien

PRS

: Jadi cara membiarkan ibu bapa menguruskan perkara ini tidak begitu baik, bagaimana kalau

anda sendiri yang mengambil langkah mengatasi masalah ini?

: Saya rasa saya tidak boleh kerana saya lekas naik baran, kurang sabar dan cepat menangis,

terutama apabila dia menjawab soalan saya dengan kasar. Mungkin terjadi pergaduhan... Ini

yang saya risaukan...

: Jadi, sekarang ini ibu bapa anda tidak berupaya mengawal anaknya sendiri. Anda juga

nampaknya tidak berkesanggupan untuk mengawalnya. Bagaimana kalau anda dan ibu bapa

anda bersepakat mencari jalan untuk menghadapi masalah ini?

: Hmmm... ini mungkin boleh tetapi bagaimana? Kami tidak nampak caranya.

: Mari kita bincangkan apakah yang dapat anda dan ibu bapa anda lakukan bersama untuk

menguruskan masalah abang anda ini.

129

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!