05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PERUTUSAN KETUA PESURUHJAYA

SPRM juga mengambil inisiatif berterusan mendekati pelajar yang bertujuan untuk memberi pendedahan

awal kepada mereka supaya meningkatkan tahap integriti serta mengetahui kesalahan-kesalahan rasuah

sebelum melangkah ke dunia kerjaya sebenar kelak. Sebanyak 17 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah

menganjurkan 113 aktiviti, antaranya Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

yang menghimpunkan semua ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah IPT dan alumni. Konvensyen ini bertujuan

untuk merangka pelan strategi pencegahan rasuah dalam kalangan pelajar universiti.

DIMENSI ANTARABANGSA

Sesebuah negara tidak mungkin mampu bertindak dan melawan jenayah rasuah secara bersendirian. Ini kerana

sifat jenayah rasuah telah berubah dan melangkaui sempadan sesebuah negara. Aktiviti pengubahan wang

haram dan proses pengaliran wang haram ini memerlukan kerjasama antarabangsa untuk mengesan, menyita

dan mengembalikannya.

Justeru, kerjasama dan penglibatan aktif SPRM di peringkat antarabangsa merupakan kunci kepada kejayaan

SPRM dalam menyelesaikan kes-kes rasuah yang bersifat antarabangsa ini.

SPRM turut terlibat secara aktif dalam pembentangan kertas kerja di peringkat antarabangsa sebagai langkah

perkongsian kepakaran dan maklumat. Malaysia telah dipilih oleh International Association of Anti Corruption

Authorities (IAACA) untuk menjadi tuan rumah bagi Persidangan dan Mesyuarat Kali Ke-6 IAACA di Kuala Lumpur

pada 4 hingga 7 Oktober 2012.

Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap Malaysia kerana terpilih menjadi tuan rumah persidangan yang

melibatkan penyertaan 128 buah negara. Ia juga merupakan sumbangan SPRM yang sentiasa berusaha bagi

menjadikan Malaysia sebuah negara yang serius dalam membanteras rasuah.

Malaysia juga merupakan destinasi pilihan bagi lawatan belajar mahupun lawatan kerja bagi delegasi luar negara.

Antara delegasi luar yang mengadakan lawatan ke SPRM sepanjang tahun 2011 termasuk Jordan Anti-Coruption

Commision, Komisi Pembanterasan Korupsi Indonesia, Anti-Corruption & Civil Right Commission of Korea,

Government Inspectorate of Vietnam dan beberapa buah lagi agensi pencegahan rasuah antarabangsa.

AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME

Beberapa pendekatan bagi melahirkan warga SPRM yang cemerlang dan profesional telah dilaksanakan dengan

membuat pemantauan ke atas peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan. Antaranya melalui program

pengurusan pematuhan, pengurusan tatakelakuan dan penambahbaikan tatacara. SPRM juga membudayakan

amalan inovasi dan kreativiti bagi memastikan warga SPRM berketerampilan tinggi dalam merealisasikan aspirasi

SPRM.

11

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!