05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

Pasukan Khas Perunding JKTU (PKPJKTU)

Pasukan Khas Perunding Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (PKPJKTU) MERUPAKAN

SATU MEKANISME UNTUK MEMBANTU PELAKSANAAN JKTU SERTA UNTUK mengambil tindakan

SUSULAN KEATAS apa-apa keputusan sama ada yang dihasilkan daripada Mesyuarat

Urusetia JKTU Peringkat Kebangsaan atau Mesyuarat Khas JKTU atau arahan daripada

Mesyuarat JKKMKPK.

Empat Pasukan Khas Perunding ditubuhkan untuk menyelaras

tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan oleh PKPJKTU.

Setiap PKPJKTU diketuai oleh sebuah jabatan dan dianggotai

oleh beberapa jabatan lain serta bertanggungjawab untuk

terma rujukan JKTU tertentu seperti berikut:

i. PKPJKTU I diketuai oleh Institut Tadbiran Awam Negara

(INTAN) bagi terma rujukan Dasar dan Perundangan serta

Sistem dan Prosedur Kerja.

ii. PKPJKTU II diketuai oleh Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM) bagi terma rujukan Nilai-nilai Murni dan

Kod Etika serta Pengiktirafan dan Penghargaan.

iii. PKPJKTU III diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA) bagi terma rujukan Kawalan Dalaman serta Tindakan

Pengesanan, Punitif dan Pemulihan.

iv. PKPJKTU IV diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha

Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri bagi terma

rujukan Pengurusan Pelanggan.

Melalui keempat-empat PKPJKTU ini, kajian secara mendalam

dilaksanakan terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam

Mesyuarat Urusetia JKTU Peringkat Kebangsaan/ JKTU Khas.

Antara kajian penting yang telah dijalankan oleh PKPJKTU

adalah:

i. Isu tanah yang diusahakan tetapi hak milik diberi kepada

orang lain.

ii. Kelemahan undang-undang dan prosedur untuk

menangani pembalakan haram.

iii. Variation Order (VO) dan Extension of Time (EOT) yang

telah menyebabkan peningkatan kos projek dan kelewatan

penyiapan projek.

iv. Kajian mengenai perbelanjaan Dana Penyelidikan yang

diterima oleh Kementerian-kementerian yang berkaitan.

v. Penubuhan Unit Pematuhan/Unit Integriti di Kementerian,

Jabatan Persekutuan dan Negeri.

vi. Isu berkaitan Cooling off Period ke atas pesara kerajaan bagi

mengelakkan penglibatan dan pengaruh mereka secara langsung

dalam urusan perolehan kerajaan sejurus selepas bersara.

Kejayaan-Kejayaan

Beberapa keputusan dan kelulusan hasil daripada JKTU telah diperolehi

seperti berikut:

i. Mesyuarat JKKMKPK Siri 67 Bil. 1 Tahun 2011 bertarikh 10 Mac 2011

bersetuju Perlantikan Pegawai Kanan Government Link Companies

(GLC) seperti Chief Executive Officer (CEO) dan Managing Director

(MD) perlu melalui proses Tapisan Keutuhan untuk memastikan caloncalon

yang berintegriti mengetuai GLC.

ii. Semua Kementerian, SUK Negeri dan agensi/jabatan digalakkan

mengadakan ‘risk management’ untuk aktiviti/projek/program utama

jabatan yang berisiko rasuah. Tujuan pelaksanaan pengurusan risiko

merupakan satu kawalan sistem untuk menutup ruang dan peluang

rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam pelaksanaan

sesuatu aktiviti, seterusnya meningkatkan tadbir urus baik jabatan.

Kaedah ini juga telah digunakan di peringkat antarabangsa seperti

negara Thailand, Korea dan Indonesia untuk menaikkan indeks

persepsi rasuah dan telah memperoleh kejayaan.

iii. Semua Kementerian dan Kerajaan Negeri melaksanakan pemantauan

serta penyimpanan maklumat penerimaan hadiah/keahlian kelab golf

secara nominee/sumbangan dana untuk kelab sukan. Mesyuarat

JKKMKPK Siri 67 Bil. 1 Tahun 2011 bertarikh 10 Mac 2011 bersetuju

semua Ketua Jabatan di peringkat Kementerian dan Kerajaan Negeri

mengambil tindakan ke atas perkara ini.

iv. Kementerian dan Kerajaan Negeri menubuhkan JKTU di peringkat anak

syarikat Kerajaan bagi memantau operasi anak syarikat berkenaan.

Keputusan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat JKKMKPK Siri 67

Bil. 1 Tahun 2011 bertarikh 10 Mac 2011 dan semua Ketua Jabatan

di peringkat Kementerian dan Kerajaan Negeri mengambil tindakan ke

atas perkara ini.

LAPORAN TAHUNAN 2011

90

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!