05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

Fungsi

UKK ditubuhkan dengan misi untuk melaksanakan pelan tindakan

perhubungan awam dan komunikasi yang strategik, tepat dan

berkesan serta menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat dengan

media massa, pemimpin-pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan

kerajaan dalam usaha meningkatkan keyakinan dan persepsi

masyarakat terhadap SPRM. UKK berfungsi sebagai pusat rujukan

setempat, saluran penyampaian maklumat dan komunikasi secara

efektif secara luaran dan dalaman.

UKK juga bertanggungjawab menyediakan latihan dan khidmat

nasihat komunikasi dan perhubungan awam ketika berlaku sesuatu

krisis kepada semua Bahagian di Ibu Pejabat SPRM dan Negeri.

UKK mengambil pendekatan responsif secara efektif ke atas semua

isu negatif berkaitan Suruhanjaya ini melalui tindakan mengeluarkan

kenyataan terhadap sesuatu isu dengan cepat dan pantas. Antara

krisis yang ditangani pada tahun 2011 adalah semasa Suruhanjaya

Siasatan Diraja kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed,

Pegawai Kanan Kastam.

Pelaksanaan

Beberapa aspek yang menjadi tumpuan utama UKK dalam

menjalankan fungsinya ialah:

• Meningkatkan imej dan membentuk persepsi positif masyarakat

terhadap SPRM:

• Melaksanakan aktiviti perhubungan dan pengurusan media;

• Memantau, menganalisa dan melaporkan isu-isu berkaitan

SPRM yang dikeluarkan tepat dan betul kepada media;

• Mewujudkan jalinan kerjasama yang erat di kalangan pengamal

media;

• Mendapatkan pandangan dan maklum balas pengamal media

dan pengamal perhubungan awam berhubung sesuatu isu

berbangkit;

• Menasihati pengurusan tertinggi berhubung sesuatu isu

berbangkit, aktiviti perhubungan awam dan menyediakan

jawapan kepada media;

• Memberi khidmat nasihat kepada SPRM negeri untuk hebahan

media serta spinning sesuatu isu; dan

• Memantau, menyelaras dan mendapatkan maklum

balas daripada SPRM Negeri berhubung isu-isu dan kes

berkepentingan awam, tangkapan serta pertuduhan dan juga

krisis.

Inisiatif Meningkatkan Imej Dan

Persepsi Positif

Sebagai sebuah unit yang bertanggungjawab menjadi saluran

perhubungan dalam menangani isu-isu berkaitan SPRM, UKK telah

melaksanakan inisiatif seperti berikut:

Pemantauan Media Secara Berterusan

Pemantauan terhadap media elektronik dan cetak dilakukan

setiap hari sepanjang tahun. Ini meliputi maklumat dan berita yang

disampaikan melalui akhbar, majalah, blog, laman web, dan laman

sosial.

Kenyataan Dan Makluman Kepada Media (Nota Kepada

Pengarang)

UKK bertindak sebagai ejen responsif yang menjadi penghubung

antara pihak media dan pengurusan SPRM. Sepanjang tahun 2011,

sebanyak 106 kenyataan media telah dikeluarkan merangkumi

makluman dan kenyataan berhubung tangkapan, pertuduhan

mahupun isu-isu semasa berkenaan Suruhanjaya ini.

Penulisan Artikel

Pegawai UKK turut aktif membuat penulisan melalui medium blog

rasmi SPRM iaitu www.ourdiffrentview.com, serta menyumbang

artikel dan advertorial untuk Buletin SPRM dan akhbar-akhbar

utama seperti Utusan Malaysia, Harian Metro, New Straits Times,

The Star, The Sun, Sinar Harian dan Nanyang Siang Pau. UKK

bekerjasama dengan wartawan bagi memastikan pelaporan

sesuatu kes yang mempunyai kepentingan masyarakat mendapat

liputan meluas dan membawa impak positif serta menimbulkan

kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan mereka dalam

pencegahan rasuah.

Sidang Media

Dari semasa ke semasa, UKK mengadakan pertemuan secara

tertutup dengan pengamal media bagi menjelaskan isu-isu

berbangkit. Media diberi ruang secukupnya untuk bertanya soalan

dan mendapatkan penjelasan daripada Pengurusan Tertinggi

SPRM. Ini memperlihatkan ketelusan SPRM dalam melaksanakan

tugas.

LAPORAN TAHUNAN 2011

116

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!