05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENCEGAHAN

Pemantauan Projek Mega Kerajaan

PEMANTAUAN INI ADALAH SUATU PROSES DI MANA SPRM MEMANTAU SERTA

MENASIHATI BADAN-BADAN AWAM YANG SEDANG MELAKSANAKAN SESUATU PROJEK

MEGA KERAJAAN TENTANG AMALAN, SISTEM DAN TATACARA KERJA YANG SESUAI.

MELALUI PEMANTAUAN DAN KHIDMAT NASIHAT, SPRM MEMBERIKAN MAKLUMAT

DAN PANDUAN TENTANG CARA-CARA MENCEGAH SERTA MENUTUP RUANG DAN

PELUANG BERLAKUNYA RASUAH DALAM AMALAN, SISTEM DAN TATACARA KERJA

DARI PERINGKAT PERANCANGAN, PERLAKSANAAN SEHINGGA PENYIAPAN PROJEK

TERSEBUT.

Projek mega ditafsirkan sebagai projek yang mempunyai ciri-ciri

seperti berikut:

i. Projek melibatkan kos bernilai RM500 juta ke atas; atau

ii. Projek yang menjadi perhatian umum disebabkan impak

projek terhadap komuniti, alam sekitar dan peruntukan

kewangan.

Pada tahun 2007 hingga 2009, 4% hingga 5% daripada

keseluruhan maklumat yang diterima oleh SPRM adalah

melibatkan kesalahan rasuah dalam pelaksanaan projek-projek

pembangunan kerajaan. Walaupun jumlah ini agak kecil, kes-kes

sebegini memberi impak yang besar kepada persepsi dan tahap

keyakinan masyarakat terhadap tadbir urus kewangan kerajaan.

Antara kesan rasuah terhadap pelaksanaan projek mega

di Malaysia termasuklah projek lambat disiapkan, projek

terbengkalai, peningkatan harga dan ketirisan. Antara contohnya

ialah kes bangunan MATRADE, Kuala Lumpur; Penjara Kuching,

Sarawak; keruntuhan Stadium Negeri Terengganu, Terengganu;

keretakan jejambat projek Middle Ring Road 2 (MRR2), Kuala

Lumpur dan perbelanjaan tidak terkawal projek Port Klang Free

Zone (PKFZ), Selangor.

Pemantauan dibuat melalui penubuhan Jawatankuasa Keutuhan

Pelaksanaan Projek Mega Kerajaan yang akan memantau

perlaksanaan projek ini. Jawatankuasa ini berperanan bagi

memastikan integriti semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan

projek mega kerajaan. Jawatankuasa ini juga merupakan satu

mekanisme ‘check and balance’ bagi mengelakkan berlakunya

rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan selain dari ketirisan

projek serta pembaziran dana awam. Melalui jawatankuasa ini,

tiga jawatankuasa kerja diwujudkan iaitu:

i. Jawatankuasa Kerja Pengambilan Balik Tanah yang

bertujuan memantau proses pengambilan balik tanah serta

mengenalpasti risiko-risiko yang boleh berlaku seperti

manipulasi harga pampasan tanah;

ii. Jawatankuasa Kerja Integrity Pact (IP) iaitu bertujuan untuk

menyemak IP yang disediakan oleh pemilik projek/Project

Delivery Partner (PDP)/kontraktor; dan

iii. Jawatankuasa Kerja Komunikasi dan Pendidikan bertujuan

untuk melaksanakan program komunikasi dan pendidikan ke

arah pengukuhan integriti di kalangan pihak yang terlibat di

dalam pelaksanaan projek mega.

83 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!