05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

Rasuah Dalam Perolehan Syarikat Telekomunikasi Antarabangsa

SIASATAN SPRM ADALAH RENTETAN PENGAKUAN PIHAK ALCATEL DI AMERIKA

SYARIKAT MENGENAI PEMBAYARAN WANG RASUAH KEPADA KONSULTAN DI NEGARA

INI BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT ‘MARKETING REPORTS AND STUDIES’ DAN

‘STRATEGIC INTELLIGENCE REPORT ON CELCOM’S POSITIONING IN THE CELLULAR

INDUSTRY’. MAKLUMAT DARIPADA SURUHANJAYA SEKURITI DAN BURSA (SEC)

AMERIKA SYARIKAT TURUT MENUNJUKKAN DUA PERUNDING DARI MALAYSIA TELAH

DIBAYAR USD700,000 (RM2.1 JUTA) BAGI MENDAPATKAN ‘MAKLUMAT BUKAN AWAM’

BERKAITAN HARGA DAN BIDAAN PESAING-PESAING.

Sekitar Julai 2005, Telekom Malaysia (TM) Berhad telah

meluluskan tender tertutup bagi projek perkhidmatan mudah

alih 3G Celcom Malaysia dengan memanggil lima penender.

Salah satu daripadanya ialah syarikat Alcatel-Lucent SA,

sebuah syarikat peralatan telekomunikasi yang berpangkalan di

Perancis. Celcom merupakan anak syarikat TM ketika itu. Alcatel

kini dikenali sebagai Alcatel-Lucent selepas bergabung dengan

Lucent Technologies pada Disember 2006 dan merupakan

subsidiari kepada syarikat telekomunikasi Perancis itu.

Hasil Siasatan

Daripada keseluruhan siasatan yang dijalankan terhadap

maklumat yang mengatakan bahawa wujud pembayaran

sehingga USD700,000 atau RM2.1 juta kepada pihak-pihak

tertentu, namun bukti dan keterangan sokongan yang diperoleh

hanya kukuh untuk pertuduhan dibuat terhadap bekas Eksekutif

Akaun Pelanggan Serantau, syarikat telekomunikasi Alcatel

Network (M) Sdn. Bhd. iaitu Radziah Ani. Beliau telah dihadapkan

ke mahkamah dengan pertuduhan memberi suapan sebanyak

RM25,000 kepada Penolong Pengurus Perolehan Telekom

Malaysia (TM), Mohd Asri Idris pada 17 Februari 2006.

Wang rasuah ini diberi sebagai dorongan untuk mendapatkan

maklumat mengenai tender “The Supply, Delivery, Installation

and Commissioning of Wideband Code Division Multiple Access

(WDCMA) Mobile Communication System and Its Associated

Equipment – Phase 1”. Radziah yang kini merupakan Timbalan

Pengurus Negara, ZTE Corporation telah dituduh di bawah

seksyen 10(b)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Cadangan Disenarai Hitam

Susulan daripada pertuduhan berkenaan, SPRM telah

membuat cadangan kepada pihak TM supaya mengambil

tindakan menyenarai hitam serta menggantung operasi syarikat

antarabangsa Alcatel-Lucent SA termasuk anak syarikatnya

Alcatel-Lucent Malaysia Sdn. Bhd. kerana pengakuan yang telah

dibuat oleh pihak Alcatel di Amerika Syarikat tersebut.

SPRM juga telah mencadangkan kepada Kerajaan agar

menyenarai hitamkan serta menggantung operasi ke atas

mana-mana syarikat tempatan mahupun syarikat antarabangsa

yang diketahui atau didapati melakukan perbuatan rasuah

dalam memperoleh kontrak perkhidmatan, pembekalan atau

pembangunan sama ada daripada agensi kerajaan mahupun

syarikat-syarikat milik kerajaan. Cadangan tersebut merupakan

salah satu langkah pencegahan bagi mengelakkan jenayah yang

sama berlaku pada masa akan datang.

LAPORAN TAHUNAN 2011

46

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!