05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

Rasuah Dan Penyelewengan Dalam Amanah Raya Berhad

AMANAH RAYA BERHAD (ARB) YANG BERPENGALAMAN LEBIH 85 TAHUN MEMBERI

PERKHIDMATAN KEPADA MASYARAKAT MUNCUL SEBAGAI SYARIKAT PERAMANAHAN

DAN PERWARISAN YANG UTAMA DI MALAYSIA. SYARIKAT INI MENAWARKAN PELBAGAI

PERKHIDMATAN MELIPUTI PENTADBIRAN HARTA PUSAKA BERWASIAT DAN TIDAK

BERWASIAT, PENULISAN, PENYIMPANAN DAN PELAKSANAAN WASIAT SERTA

PENGURUSAN PELBAGAI AKAUN AMANAH BAGI KEPENTINGAN BENEFISIARI TERTENTU

MENGIKUT HASRAT PELANGGAN. PERKHIDMATAN DISEDIAKAN SENTIASA MEMBERI

JAMINAN KEWANGAN YANG OPTIMUM KEPADA SETIAP BENEFISIARI DAN

AHLI WARIS YANG BERHAK.

Dalam menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat

berkaitan perancangan dan pengurusan harta pusaka bagi

memastikan kepentingan waris-waris sentiasa terpelihara, terjamin

dan dilindungi secara profesional, pegawai dan kakitangan yang

bertugas di ARB seharusnya memiliki nilai integriti dan jati diri

yang tinggi ketika menjalankan tugas diamanahkan.

Siasatan SPRM dengan kerjasama pihak Amanah Raya Berhad

telah membongkar satu sindiket memalsukan dan menggunakan

Surat Kuasa Mentadbir bagi membolehkan bayaran pampasan

tanah bernilai RM1.6 juta dibuat kepada suspek oleh ARB.

Penyelewengan tersebut berkaitan tanah si mati diambil milik oleh

kerajaan untuk melaksanakan projek kerajaan. Setelah tanah

berkenaan diambil milik, kerajaan membayar pampasan RM1.6

juta kepada pemiliknya dan oleh kerana pemilik sudah meninggal

dunia pampasan itu diserahkan kepada ARB untuk dikembalikan

kepada waris yang berhak.

Dalam siasatan kes ini, lima suspek ditahan dan salah seorang

daripada mereka adalah perancang utama sindiket yang bertugas

sebagai Pegawai Am Rendah di ARB. Suspek ini menggunakan

kedudukannya untuk mendapatkan setiap maklumat berkaitan

harta pusaka si mati.

Suspek juga telah bersubahat dengan seorang bekas kakitangan

mahkamah bagi memalsukan Surat Kuasa Mentadbir agar

pampasan tersebut dibayar ke akaun yang dibuka oleh ahli

sindiket berkenaan.

Hasil perancangan rapi dan tanpa disedari, ARB telah membuat

pembayaran RM1.6 juta berkenaan ke akaun salah seorang

ahli sindiket. Seterusnya, wang itu dipindah keluar melalui

beberapa transaksi pengeluaran serta dipindah masuk ke akaun

peribadi ahli-ahli sindiket. Wang haram tersebut telah digunakan

untuk membeli sebuah rumah bernilai lebih kurang RM500,000

serta dua kereta jenis Honda Jazz dan Nissan Elgrand selain

mengubahsuai rumah.

LAPORAN TAHUNAN 2011

52

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!