05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENCEGAHAN

Pemeriksaan Ke Atas Proses Pemilihan Dan Rayuan Ke Tanah Suci Mekah

Oleh Lembaga Tabung Haji (TH)

BAGI MUSIM HAJI 1431H, TELAH BERLAKU PENYELEWENGAN DALAM PEMILIHAN

JEMAAH HAJI UNTUK KE TANAH SUCI MEKAH DI MANA TERDAPAT NAMA-NAMA BAKAL

HAJI YANG TELAH DIMASUKKAN SECARA TIDAK SAH DENGAN MENGGUNAKAN KUOTA

KELULUSAN P106. Kuota P106 MERUPAKAN PERUNTUKAN KHAS YANG DIBERIKAN

KEPADA KETUA EKSEKUTIF TABUNG HAJI UNTUK MELULUSKAN PERMOHONAN

MENUNAIKAN HAJI.

Bermula 10 Mei 2010, Tabung Haji telah menetapkan satu dasar

baru iaitu setiap jemaah haji yang baru pulang dari menunaikan

haji tidak boleh mendaftar haji dalam masa lima tahun. Sekiranya

bakal haji ingin pergi lebih awal daripada masa yang telah

ditetapkan semasa pendaftaran, rayuan boleh dikemukakan di

mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji atau Ibu Pejabat

Tabung Haji.

Rayuan hendaklah dikemukakan pada tahun jemaah ingin

menunaikan haji. Bahagian Domestik, Tabung Haji akan

memproses rayuan tersebut melalui satu jawatankuasa bagi

mempertimbangkan rayuan perayu yang dikenali sebagai

Jawatankuasa Rayuan Tunai Haji. Sekiranya diluluskan, TH akan

memaklumkan kepada jemaah dan sebaliknya jika gagal, tiada

sebarang maklumbalas daripada TH.

Ekoran daripada penyelewengan terhadap kemasukan nama

bakal-bakal haji secara tidak sah dengan menggunakan kuota

kelulusan P106, maka pemeriksaan telah dilakukan yang

melibatkan Jabatan Teknologi Maklumat dan Bahagian Domestik,

Tabung Haji Berhad.

Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, didapati beberapa

kelemahan terhadap sistem dan prosedur yang boleh membuka

ruang berlakunya amalan rasuah, salahguna kuasa dan

penyelewengan. Antaranya:

i. Tiada sebarang kriteria khusus ditetapkan dalam memenuhi

kuota seperti kekerapan menunaikan haji. Sebagai contoh

Kuota P106, tidak ada sebarang kriteria yang ditentukan

untuk menunaikan haji di bawah kategori ini. Ketua Pegawai

Eksekutif bebas untuk memilih siapa sahaja.

ii. Tiada pemantauan terhadap data-data pemilihan/rayuan

oleh bakal haji sehinggakan pencerobohan data yang

dilakukan tidak disedari. Dalam satu kes, seorang pegawai

TH telah pun disyaki melakukan pencerobohan terhadap

Kuota P106 dalam sistem haji TH pada 1428H, namun tidak

ada sebarang pemantauan terhadapnya dilakukan sehingga

pencerobohan seterusnya berlaku.

iii. Tidak ada sebarang pelaporan yang dikeluarkan kepada

pengurusan TH terhadap bakal haji yang akan pergi

menunaikan haji pada tahun semasa. Kelemahan ini akan

dimanipulasikan individu yang mempunyai kemahiran teknikal

untuk melakukan penyelewengan dengan menceroboh ke

dalam sistem TH.

iv. Data yang diproses tidak dikeluarkan sebagai laporan

bercetak serta tidak disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa.

v. Manual kuasa yang digunakan oleh TH terlalu ringkas dan

tidak memperincikan tugas serta tanggungjawab seseorang

pegawai dalam membuat keputusan atau tugas.

79 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!