05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENGUATKUASAAN

Rasuah, Penyelewengan Serta Penyeludupan Bahan Subsidi

Dan Barang Kawalan

MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG PALING BANYAK MEMBERI SUBSIDI KEPADA

RAKYATNYA IAITU 54% DARIPADA KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK).

MENURUT LAPORAN EKONOMI 2010/2011 KEMENTERIAN KEWANGAN, KERAJAAN

TELAH MEMBELANJAKAN SEBANYAK RM200.9 BILION SEJAK TAHUN 2006 HINGGA 2010

BAGI MERINGANKAN BEBAN RAKYAT

Sepanjang tahun 2011, SPRM telah menjalankan beberapa

operasi bagi membongkar sindiket penyeludupan di pintu-pintu

masuk negara. Kaedah perisikan dilaksanakan bagi memperoleh

dan mengumpul maklumat mengenai sindiket yang menyebabkan

kebocoran pintu masuk negara. Antara lokasi ‘lubuk emas’ yang

menjadi sasaran operasi SPRM adalah di Sarawak, Sabah, dan

Rantau Panjang, Kelantan.

Sindiket Penyeludupan Di Sarawak

Pos Pemeriksaan Tebedu (sempadan antara Sarawak dan

Kalimantan Barat, Indonesia) merupakan salah satu pintu masuk

ke Malaysia. Pintu masuk ini dijadikan pusat penyeludupan barangbarang

kawalan bersubsidi seperti minyak masak, gas memasak

dan gula oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hasil risikan melalui ‘Ops Kawal’ yang telah dijalankan mendapati

terdapat beberapa buah lori dari Indonesia melepasi check point

negara tanpa dikenakan sebarang pemeriksaan. Lori-lori tersebut

bertujuan untuk mengangkut kontena-kontena yang diletakkan

di kompleks Customs Imigration Quarantine (CIQ) di sempadan

negara. Kontena-kontena ini diisi dengan barangan bersubsidi

seperti minyak masak, gas memasak dan gula.

Kejayaan Operasi

Dalam operasi yang dijalankan pada bulan Julai 2011, seramai

lapan individu telah ditangkap iaitu seorang pegawai Jabatan

Kastam, lima orang awam dan dua orang warga Indonesia.

Kesemua individu ini telah disiasat di bawah seksyen 135(1)(e),

Akta Kastam 1967 kerana terlibat dalam penyeludupan barangan

berduti.

Daripada lapan orang yang ditangkap, empat daripadanya telah

dituduh di Mahkamah Majistret Petra Jaya, Kuching, Sarawak,

tiga orang lagi dijadikan saksi pendakwaan dan seorang pegawai

Kastam disyorkan untuk diambil tindakan jabatan di bawah

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993 (Pindaan 2002).

Keempat-empat tertuduh yang didakwa telah mengaku bersalah

dan dijatuhkan hukuman seperti berikut:

i. Tertuduh pertama didenda sebanyak RM135,000

ii. Tertuduh kedua didenda sebanyak RM5,000 dan dipenjara

12 bulan.

iii. Tertuduh ketiga didenda sebanyak RM5,000 dan dipenjara

12 bulan.

iv. Tertuduh keempat didenda sebanyak RM35,000

Selain itu, SPRM turut menyita 268 silinder gas memasak (LPG),

4000 kg gula, 816 kg minyak masak dan dua lori bonded serta

sebuah lori 10 tan. Kesemua barangan yang disita ini telah

dilucuthak di bawah seksyen 127, Akta Kastam 1967.

55 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!