05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

v. Kementerian dan Kerajaan Negeri telah mewujudkan Unit

Pematuhan untuk melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan

pematuhan sistem dan prosedur kerja dengan menggunakan

perjawatan sedia ada. SPRM mencadangkan supaya nama

Unit Pematuhan ditukar kepada Unit Integriti bagi mengelakkan

kekeliruan dengan Unit Audit;

vi. Cadangan supaya Kementerian dan Kerajaan Negeri

menubuhkan JKTU di peringkat anak syarikat kerajaan bagi

memantau operasi anak syarikat berkenaan;

vii. Kajian berhubung pengisytiharan harta oleh pegawai kerajaan

dan ahli politik akan dilaksanakan oleh Pengarah SPRM Negeri

bersama-sama dengan PKPJKTU III untuk meningkatkan

ketelusan dan akauntabiliti pegawai kerajaan dan ahli politik;

viii. Kajian mengenai perbelanjaan dana penyelidikan yang diterima

oleh kementerian-kementerian yang berkaitan akan dilaksanakan

oleh PKPJKTU I untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti

serta faedah hasil kajian tersebut kepada kerajaan;

ix. Kajian berkaitan kelemahan undang-undang dan prosedur

untuk menangani pembalakan haram akan dilaksanakan oleh

PKPJKTU I;

x. Kajian mengenai penurunan kuasa kepada pegawai

penguatkuasa untuk merampas kenderaan yang digunakan

untuk aktiviti penyeludupan barang seperti minyak diesel akan

dilaksanakan oleh KPDNKK dan MOT;

xi. Kajian mengenai Variation Order (VO) dan Extension of Time

(EOT) yang telah menyebabkan peningkatan kos projek dan

kelewatan penyiapan projek akan dilaksanakan oleh PKPJKTU I;

xii. Cadangan supaya pelantikan pegawai kanan GLC seperti

Chief Executive Officer (CEO) dan Managing Director (MD)

perlu melalui proses tapisan keutuhan untuk mempertingkatkan

integriti GLC; dan

Mesyuarat JKKMKPK Siri 68 Bil. 2 Tahun 2011 pada 26 Julai 2011 yang

dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri

xiii. Syarikat Alcatel Lucent telah didapati memberi rasuah

kepada pegawai Telekom Malaysia (TM) untuk mendapatkan

kontrak. Perkara ini telah menjejaskan imej negara. SPRM

mencadangkan supaya syarikat-syarikat termasuk Multi National

Corporation (MNC) yang terbukti memberi rasuah kepada

pegawai kerajaan termasuk GLC disenarai hitamkan daripada

mendapat sebarang kontrak kerajaan/GLC untuk tempoh

tertentu. Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara

diminta meneliti perkara ini.

Selain dari itu, terdapat juga beberapa keputusan penting yang telah

dihasilkan dalam Mesyuarat JKKMKPK dalam tahun 2011 seperti

berikut:

i. Statistik maklumat, aduan dan tangkapan oleh SPRM bagi tahun

2010 boleh dijadikan indikator ke atas kejayaan Kerajaan dalam

usaha memerangi rasuah. Kerjasama yang ditunjukkan oleh

penjawat awam yang tampil memberi maklumat berkenaan orang

yang cuba memberi rasuah menunjukkan wujudnya transformasi

budaya yang menolak amalan rasuah dalam masyarakat.

Kejayaan-kejayaan ini perlu dihebahkan kepada masyarakat

umum melalui forum atau saluran yang bersesuaian oleh semua

Ketua Jabatan Kerajaan.

ii. Pendekatan Integrity Pact dalam pelaksanaan Projek MRT

Sungai Buloh – Kajang oleh SPRM perlu diteruskan dengan

projek-projek mega kerajaan yang lain bagi memastikan

pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan

dan memberi nilai untuk wang (value for money). Pendekatan

ini memberi kesempatan kepada semua pihak, sama ada di

peringkat agensi kerajaan, pihak swasta mahupun Syarikat

Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menilai pelaksanaan projek

secara menyeluruh. Pada masa yang sama, ia mampu menutup

ruang dan peluang daripada berlakunya ketirisan yang akan

mengakibatkan kerugian kepada rakyat.

iii. Pelaksanaan ETP misalnya, melibatkan pelaburan yang besar.

Maka, sebarang unsur rasuah dan ketirisan akan melibatkan

kerugian yang besar kepada semua pihak. Walaupun punca

pelaburan inisiatif ETP adalah daripada pihak swasta, namun

pelaksanaannya hendaklah dipantau oleh SPRM supaya

mematuhi prinsip-prinsip integriti.

iv. SPRM perlu meningkatkan usaha-usaha pemantapan kapasiti

dalam aspek kemahiran dan peralatan bagi meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan tugasnya.

LAPORAN TAHUNAN 2011

88

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!