05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENGUATKUASAAN

Penyeludupan Melalui Rantau Panjang – Sungai Golok

Aktiviti perisikan bagi mengesan penyeludupan ini dilakukan

sejak tahun 2009 lagi. Penyeludupan barangan larangan seperti

beras Siam dan pakaian berjenama tiruan didapati bergerak

aktif di sekitar Rantau Panjang – Sungai Golok. Kenderaan yang

digunakan oleh penyeludup telah diubahsuai bagi memudahkan

barangan diseludup masuk ke negara ini melalui Kompleks CIQ,

Rantau Panjang.

Sepanjang pemerhatian dibuat, lebih 30 kenderaan penyeludup

melalui sekatan jalan raya yang dikendalikan oleh Unit Pencegah

Penyeludupan (UPP) di Lubok Setol di antara jam enam hingga

lapan pagi setiap hari. Kali ini, SPRM tidak menjalankan operasi

secara bersama dengan agensi-agensi penguatkuasa lain

memandangkan terdapat maklumat yang mengatakan bahawa

segelintir anggota dan pegawai agensi terbabit telah menerima

rasuah untuk melindungi kegiatan penyeludupan berkenaan.

Hasil Operasi

Operasi yang dijalankan pada bulan Disember 2011 ini

menyaksikan seramai 10 orang penjawat awam yang terdiri

daripada lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga

pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), seorang

pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan seorang

pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terbabit telah

ditangkap kerana menerima rasuah antara RM10 hingga RM150.

Selain itu, sepucuk pistol angin dan wang tunai berjumlah

RM7,550 telah disita kerana merupakan wang rasuah yang telah

diterima daripada para penyeludup pada hari operasi dijalankan.

Tiga daripada mereka telah dituduh di Mahkamah Sesyen Pasir

Mas, Kelantan pada 22 Disember 2011 di bawah Akta SPRM

2009 dan Kanun Keseksaan bagi kesalahan-kesalahan yang

dilakukan. Ketiga-tiga mereka tidak mengaku bersalah dan

minta untuk dibicarakan. Manakala tujuh yang lain dikemukakan

cadangan untuk tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing.

Keratan akhbar

kes penyeludupan

barang kawalan

57 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!