05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PROFESIONALISME

Penambahbaikan Tatacara

Kewujudan Jawatankuasa Aduan (JA) SPRM sendiri menggambarkan

ketelusan SPRM menangani salahlaku pegawai dan telah memberi

keyakinan kepada masyarakat UNTUK MEMBUAT aduan ke arah memantapkan

akauntabiliti dan profesionalisme pegawai.

Pada tahun 2011, SPRM telah mengambil beberapa tindakan

susulan hasil daripada cadangan yang dibuat oleh JA. Tindakan

yang diambil tersebut adalah seperti berikut:

Fungsi Jawatankuasa Menilai Maklumat Untuk Memantau

Maklumat

Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat telah

membuat pemantauan secara berkala dan melaporkan dalam

mesyuarat JMM, Ibu Pejabat sekiranya tiada tindakan diambil

ke atas maklumat yang didaftarkan dalam ‘Corruption Reporting

Information System’ (C-RIS).

Prosedur Dalam Pengemaskinian Buku Harian Rasmi

SPRM

Bahagian Dasar, Perancangan Dan Penyelidikan SPRM sedang

menyelaras penyediaan draf Perintah Tetap berhubung dengan

Buku Harian Rasmi SPRM di mana satu jawatankuasa yang

dianggotai oleh pegawai-pegawai dari setiap bahagian telah

ditubuhkan.

Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya Bil. 7/2010 (Siasatan)

Iaitu Perintah Untuk Memeriksa, Menggeledah Dan

Menyita

Antara penambahbaikan yang telah dilakukan adalah seperti

berikut:

i. Bagi maksud penggeledahan, tiap-tiap pegawai apabila

bertindak di bawah Akta 694, hendaklah mengisytiharkan

jawatannya dan mengemukakan kad kuasanya kepada orang

yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia

meminta apa-apa maklumat. Pegawai Suruhanjaya hendaklah

memaklumkan tujuan kehadirannya kepada pemilik atau

penjaga atau penghuni premis berkenaan, menunjukkan

perintah bertulis, menerangkan tujuan kehadiran dan

memberitahunya mengenai kesalahan halangan ataupun

gangguan penggeledahan di bawah seksyen 48 Akta 694.

ii. Pegawai perlu menyerahkan salinan perintah bertulis kepada

pemilik atau penjaga atau penghuni permis berkenaan.

iii. Pegawai penggeledahan hendaklah membuat catatan

mengenai perlaksanaan perintah bertulis iaitu mengenai

alamat tempat, tarikh dan masa penggeledahan itu di

muka surat belakang perintah asal dan menurunkan

tandatangannya. Seterusnya, orang berkenaan perlu

memperakukan penerimaan sesalinan perintah dengan

menurunkan tandatangan, nama, tempat, tarikh dan masa di

muka belakang perintah asal.

iv. Borang Penyitaan Harta Alih hendaklah dikeluarkan tidak kira

sama ada barang kes diambil atau tidak diambil.

v. Satu Aduan Liputan (covering report) perlu dibuat untuk setiap

penggeledahan yang dijalankan tanpa menggunakan perintah

bertulis. Manakala untuk penggeledahan yang dijalankan

dengan perintah bertulis, aduan liputan perlu dibuat sekiranya

berlaku apa-apa kejadian atau keadaan yang boleh memberi

ruang kepada pengaduan atau tohmahan atau rungutan

mengenai tatakelakuan pegawai/perlaksanaan proses

penggeledahan ataupun terdapat bukti ataupun penemuan

kesalahan jenayah lain dilakukan olen mana-mana orang.

135 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!