05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENGUATKUASAAN

KEJAYAAN OPERASI

Pelaksanaan berkesan dalam penyiasatan dan kejayaan operasi

siasatan SPRM bergantung kepada kerjasama semua pihak,

khususnya masyarakat dalam penyampaian maklumat berkualiti.

Di samping itu, kesedaran untuk melaporkan jenayah rasuah

yang berlaku di sekitar mereka dan komitmen dalam memberikan

keterangan sama ada di peringkat penyiasatan mahupun

pendakwaan.

SPRM melaksanakan kaedah penyiasatan berasaskan proaktif

(proactive-based investigation) dan penyiasatan berasaskan

perisikan (intelligence-based investigation) dalam menjalankan

siasatan dan operasi.

Pelaksanaan operasi secara proaktif ini bukan sahaja

menghasilkan tangkapan dan pertuduhan terhadap mereka yang

terbabit dengan jenayah rasuah, penyelewengan dan salahguna

kuasa, malah SPRM berjaya membongkar penglibatan jenayah

yang dilakukan secara bersindiket.

Rasuah berlaku bukan hanya kerana individu tetapi juga kerana

kelemahan sistem dan prosedur. Justeru, selain bertindak ke atas

penjenayah rasuah, operasi dan siasatan turut mengenalpasti

kelemahan sistem dan prosedur dalam tadbir urus (governance)

sesebuah organisasi. Akibat tadbir urus yang tidak dilaksanakan

dengan cekap dan berkesan, maka individu di dalamnya

mengambil kesempatan ruang dan peluang untuk melakukan

penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah. Akibatnya, berlaku

kelemahan, ketirisan dan kerugian kepada organisasi berkenaan

khususnya dan negara amnya. Memperbaiki sistem dan prosedur

serta mengambil langkah-langkah penambahbaikan supaya

jenayah rasuah tidak berulang atau diminimakan.

Menjayakan pelaksanaan siasatan dan operasi SPRM

memerlukan penggemblengan semua pihak. Oleh itu, tindakan

penguatkuasaan yang terancang, bersepadu dan berterusan

yang dilakukan oleh SPRM sepanjang tahun 2011 menghasilkan

pelbagai kejayaan yang boleh dibanggakan.

43 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!