05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENCEGAHAN

4. Pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat

Akta ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010. Lima agensi

penguatkuasaan utama iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen

Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula melaksanakan Akta ini

memandangkan mereka adalah agensi penguatkuasaan yang mempunyai kuasa

penyiasatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah akta ini.

Akta ini bertujuan untuk:

• Memerangi rasuah dan salahlaku lain dalam sektor awam dan swasta;

• Menggalakkan dan memudahkan orang awam untuk mendedahkan apa-apa

perbuatan rasuah dan salahlaku lain yang termasuk di bawah kelakuan tidak

wajar di bawah akta ini;

• Memberi perlindungan maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil dan

jenayah serta perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan;

• Memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan untuk menjalankan penyiasatan

terhadap kelakuan tidak wajar dan tindakan yang memudaratkan; dan

• Memberi mahkamah kuasa untuk membuat perintah bagi remedi.

Setiap agensi penguatkuasa yang terlibat bertanggungjawab untuk mengemukakan

laporan bulanan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan

Perdana Menteri sebagai agensi penyelaras untuk dilaporkan kepada YB Menteri di

Jabatan Perdana Menteri.

Buku Akta Perlindungan Pemberi

Maklumat 2010

5. Meningkatkan Kesedaran Orang Awam Terhadap

Sebarang Pindaan Atau Kewujudan Undang-Undang

Dan Prosedur Baru

NKRA Perangi Rasuah dengan kerjasama Bahagian

Keutuhan Pengurusan SPRM telah mendapatkan informasi

berhubung pindaan atau kewujudan undang-undang atau

prosedur baru daripada semua Kementerian dan agensi.

Maklumat tersebut telah dikumpulkan dan dibukukan

untuk dikongsikan bersama rakyat Malaysia yang tinggal

di kampung-kampung dan kawasan luar bandar berhubung

transformasi sistem perkhidmatan awam, pindaan undangundang,

prosedur dan proses.

Buku Transformasi Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Kerajaan ini telah diedarkan kepada stesen-stesen radio

untuk tujuan hebahan serta disampaikan dalam loghat atau

dialek negeri masing-masing. Selain itu, ia juga diagihkan

kepada rakyat melalui program-program bersama rakyat di

luar bandar.

Buku Transformasi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan

95 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!