05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

KESELAMATAN

SPRM sentiasa meletakkan aspek keselamatan sebagai keutamaan. Pada tahun 2011, seramai 18 pengawal

keselamatan SPRM telah mendapat kelulusan pelantikan sebagai polis bantuan yang mempunyai kuasa polis

bantuan dalam menjalankan tugas pengawalan keselamatan perlindungan oleh pihak PDRM.

Bagi memastikan keselamatan berada pada tahap maksimum, SPRM telah melaksanakan pemasangan 710 unit

kamera sistem CCTV di semua pejabat SPRM seluruh negara dengan menggunakan teknologi rakaman digital

berkualiti tinggi dan berupaya merakamkan pergerakan saksi dan pelawat. SPRM juga telah mengambil inisiatif

mempertingkatkan aspek keselamatan dengan menguatkuasakan peraturan-peraturan khusus untuk kawalan ke

atas pelawat, saksi dan orang tahanan.

Bermula 28 Mac hingga 31 Disember 2011, sebanyak 34 buah bilik temuduga bervideo yang dilengkapi dengan

sistem rakaman telah dan akan dibina di semua pejabat SPRM negeri dan cawangan seluruh Malaysia.

SPRM juga menyediakan aspek keselamatan fizikal, perlindungan penempatan, sokongan kewangan dan jika

perlu melibatkan penukaran identiti saksi melalui Akta Perlindungan Saksi 2009. Antara kes yang

mengimplementasikan Akta ini adalah kes yang melibatkan mantan Menteri Besar Selangor.

AKADEMI PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (MACA)

Pada tahun 2011, sebanyak 132 program telah dilaksanakan oleh MACA untuk pegawai dan kakitangan

SPRM dan lain-lain jabatan di peringkat dalam dan luar negara. Peranan MACA juga diiktiraf di peringkat

antarabangsa melalui program yang dilaksanakan dengan UNDP. Tiga program usahasama telah dilaksanakan

bagi memperkukuhkan kefahaman dan kapasiti teknikal pegawai-pegawai penguatkuasaan pencegahan rasuah

dari negara anggota Organization Of Islamic Cooperation (OIC). Pelbagai bengkel juga dianjurkan oleh MACA

melibatkan agensi pencegahan rasuah beberapa negara luar seperti Bhutan dan negara-negara Arab. Selain itu,

MACA juga mengadakan program latihan untuk beberapa buah agensi swasta dalam negara antaranya Sime

Darby Group dan Tenaga Nasional Berhad.

Seiring dengan keperluan latihan pegawai SPRM, pembangunan fizikal MACA turut dipertingkatkan. Pada

11 November 2011, Kompleks Fasa II yang siap dibina telah diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya. Kompleks ini

membabitkan pembinaan dua blok asrama, dua blok kuarters pegawai dan staf MACA, dua unit banglo, dewan

makan, padang kawad, surau dan sebuah jambatan. Kemudahan penginapan asrama ini mampu menjimatkan kos

pengurusan latihan kerana ia dapat memuatkan 320 orang pelatih dalam satu-satu masa yang mana sebelum ini

mereka menginap di hotel-hotel di sekitar akademi ini.

LAPORAN TAHUNAN 2011

12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!