05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENGUATKUASAAN

Dato’ Seri Dr. Khir Toyo didapati bersalah kerana

menyalahgunakan pengaruhnya untuk membeli sebuah banglo

mewah dengan harga diskaun sehingga RM3 juta. Semasa

menjatuhkan hukuman, Hakim Dato’ Mokhtaruddin Baki berkata,

“Apabila kepentingan awam dan kepentingan peribadi bertemu,

kepentingan awam mesti diberi keutamaan. Tertuduh telah

menyalahgunakan kedudukannya sebagai Eksekutif Tertinggi

dalam Negeri Selangor.”

Bekas Ahli Parlimen Labuan

Datuk Suhaili bin Abdul Rahman

Didenda RM10,000 Kerana Gagal Isytihar Diri Sebagai

Muflis

Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili bin Abdul Rahman

telah dituduh pada 13 April 2009 di Mahkamah Sesyen Kota

Kinabalu atas kesalahan di bawah seksyen 109(1)(m)(ii) Akta

Kebankrapan 1967 kerana menjadi penjamin bagi kemudahan

pinjaman sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf

sebanyak RM50,000 untuk membeli unit No. 3/R2/32, Tingkat 2,

Api-Api Centre, Fasa 1A, Kota Kinabalu, tanpa memaklumkan

kepada pihak Malayan Banking Berhad Cawangan Kota Kinabalu

bahawa beliau adalah seorang muflis.

Setelah Hakim Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan

beliau, kes ini dirayu ke Mahkamah Rayuan. Pada 20 Jun 2011,

Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman denda RM10,000

atau satu bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

ADUN Lenggeng

YB Mustafa bin Salim

Dihukum Penjara Tiga Tahun Kerana Terima Suapan

Tiga tahun penjara dan RM20,000.00 denda atau tambahan

12 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda. Itulah

hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen

Seremban, terhadap YB Mustafa bin Salim, Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Lenggeng, Negeri Sembilan.

Beliau telah dituduh pada 9 Mei 2008 di Mahkamah Sesyen

Seremban atas pertuduhan di bawah seksyen 10 (a)(aa) Akta

Pencegahan Rasuah 1997. Kesalahan yang dilakukannya

iaitu menerima suapan wang tunai sebanyak RM2,000 dengan

menjanjikan untuk mengeluarkan surat sokongan kepada

seorang bernama Manimaran a/l Marimuthu bagi mendapatkan

permit menjual pasir.

Hukuman tiga tahun penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Amran

bin Jantan adalah kerana kesalahan tersebut adalah serius dan ia

dilakukan oleh individu yang berjawatan seperti tertuduh. Hakim

Amran berkata, “Hukuman bon tidak wajar kerana ia memberi

gambaran yang tidak baik kepada masyarakat, seolah-olah

mahkamah tidak memandang serius kes rasuah.”

Bekas ADUN Teratai, Selangor

Yap Soo Sun

Bersalah Palsukan Dokumen

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Selangor,

Yap Soo Sun dituduh pada 3 November 2009 di Mahkamah

Sesyen Shah Alam atas kesalahan di bawah seksyen 11(c) Akta

Pencegahan Rasuah 1997 kerana memalsukan dokumen dengan

memohon peruntukan ADUN di bawah Program Mesra Rakyat

sempena sambutan Tahun Baru Cina di Taman Bukit Segar

Cheras Hartamas pada 10 Februari 2008 berjumlah RM10,000.

Beliau juga dituduh atas enam pertuduhan lagi bagi tuntutan yang

mana program tidak pernah diadakan.

Pada 3 November 2011, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam,

Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara

dan denda RM50,000 atau lima bulan penjara sekiranya gagal

membayar denda bagi ketujuh-tujuh pertuduhan. Kesemua

hukuman penjara berjalan serentak. Pada penghakimannya, Mat

Ghani berkata: “Pembelaan Yap yang mengemukakan 18 saksi

bagi menyokong keterangan telah gagal untuk menimbulkan

keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.”

65 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!