05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

Amalan Rasuah Oleh Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan II

maklumat yang diterima mengatakan semasa suspek meMEGANG poRtfolio

sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Menteri Kewangan II, dipercayai

telah menggunakan kedudukannya untuk meminta wang rasuah dalam

bentuk komisen daripada kontraktor-kontraktor yang memohon projek

di bawah Kementerian Kewangan MALAYSIA (MOF) bagi mendapatkan

kelulusan projek

Maklumat Perlakuan Rasuah Hasbie Satar

Bertindak atas maklumat yang diterima, SPRM telah menjalankan

siasatan ke atas Hasbie Satar yang merupakan bekas

Setiausaha Sulit Kanan kepada mantan Menteri Kewangan II,

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Hasbie juga dipercayai telah

menggunakan kedudukan dan hubungan rapatnya dengan

Menteri Kewangan II untuk memilih dan memberikan tender

kepada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh proksinya atau

saudara maranya. Syarikat proksi didaftarkan di atas nama orang

lain bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.

Siasatan Kesalahan Rasuah – Penemuan Wang Tunai

Lebih Dua Juta Ringgit

Siasatan mendapati, kontraktor akan membuat bayaran wang

rasuah sebanyak satu peratus apabila surat kelulusan MOF telah

dikeluarkan. Dua peratus wang rasuah akan dibayar apabila surat

niat telah dikeluarkan dan dua peratus lagi apabila kontraktor

telah menerima surat tawaran daripada MOF. Pemeriksaan yang

dibuat di rumah suspek di Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau

Pinang telah membawa kepada penemuan wang tunai berjumlah

RM2,134,656. Wang tersebut adalah dipercayai daripada hasil

yang beliau peroleh melalui aktiviti rasuah dan pengubahan wang

haram.

Lucuthak Harta Diperoleh Secara Rasuah

SPRM juga telah menyita sebuah rumah banglo yang terletak

di Seri Kembangan, Selangor serta sebuah rumah kedai yang

terletak di Diomand Complex, Bangi Business Park, Bandar

Baru Bangi, Selangor yang dimiliki oleh syarikat proksi suspek.

Kedua-dua aset yang dianggar bernilai RM4.6 juta itu telah dibeli

oleh seorang kontraktor dan diberikan kepada Hasbie sebagai

komisen ke atas projek rundingan terus Agensi Anti Dadah

Kebangsaan daripada MOF.

Pertuduhan Pengubahan Wang Haram

(Money Laundering)

Pada 10 Februari 2011, suspek telah dituduh di Mahkamah

Sesyen Butterworth di bawah seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan

Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan

Keganasan 2001 (Akta 613). Beliau didakwa telah melibatkan diri

dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah

RM2,134,656 yang merupakan hasil daripada aktiviti rasuah di

bawah seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009. Kesalahan telah dilakukan antara 16 April

2007 hingga 13 Ogos 2009 semasa suspek bertugas sebagai

Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Menteri Kewangan II.

Pada 5 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan

rumah banglo dan rumah kedai yang disita oleh SPRM dilucuthak

kepada Kerajaan Malaysia.

LAPORAN TAHUNAN 2011

50

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!