05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

Perutusan

“Sesungguhnya kejayaan yang

dicatatkan oleh SPRM pada

tahun 2011 telah menjadikan

Suruhanjaya ini sebagai

sebuah agensi yang dinamik

dan sentiasa bergerak ke arah

kecemerlangan.”

DATO’ SRI HJ. ABU KASSIM BIN MOHAMED

KETUA PESURUHJAYA

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi warabakatuh,

salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Era globalisasi yang wujud kesan daripada ledakan teknologi maklumat

menjadikan jenayah rasuah semakin kompleks, sofistikated dan

melangkaui sempadan. Ia merupakan suatu cabaran besar kepada

agensi penguatkuasaan untuk turut menyaingi dan menyeimbangkan

keupayaan serta kemampuan dalam menangani jenayah rasuah.

Bagi meneruskan kelangsungan kecemerlangan dan keberkesanan

tindakannya, SPRM perlu membuat perubahan yang drastik terhadap

pendekatan dan strategi yang ada agar selari dengan kompleksiti dan

cabaran semasa. Tahun 2011 merupakan tahun penting bagi proses

transformasi SPRM. Warga SPRM perlu bersiap sedia untuk menyahut

cabaran ini dengan menerima dan memberikan sokongan padu kepada

Pengurusan Tertinggi SPRM untuk merealisasikan hasrat murni ini.

Pelan transformasi yang dirangka dan diterjemahkan dalam bentuk

Pelan Strategik SPRM 2011-2013 telah diperkenalkan dengan

memberi fokus kepada empat bidang utama iaitu pengurusan

siasatan yang efektif, pencegahan dan pendidikan masyarakat yang

efektif, meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM dan

pembangunan sumber manusia secara terancang.

Melalui keempat-empat strategi ini, sembilan sasaran khusus

telah ditetapkan, antaranya kejayaan tinggi dalam pelaksanaan

tugas siasatan, meningkatkan kadar pertuduhan dan sabitan kes,

meningkatkan aspek pendidikan masyarakat dan memperbaiki skor

Indeks Persepsi Rasuah telah digariskan sebagai keutamaan.

Bagi memastikan Pelan Strategik ini dilaksanakan sebagaimana

perancangannya, pihak Pengurusan Tertinggi SPRM telah menubuhkan

Jawatankuasa Eksekutif Transformasi (JET) bermula Julai 2011 bagi

mengkaji dan menasihati Pengurusan dalam melaksanakan pelan

strategik tersebut. Keanggotaan JET terdiri daripada dua orang ahli

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), seorang daripada

Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), seorang bekas

Hakim Mahkamah Persekutuan dan dipengerusikan oleh Ketua

Pesuruhjaya SPRM.

LAPORAN TAHUNAN 2011

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!