05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENGUATKUASAAN

Rasuah Dan Bola Sepak Negara

MENYOROT SEJARAH HITAM GEJALA RASUAH DAN MENGATUR PERLAWANAN YANG

MELUMPUHKAN ARENA BOLA SEPAK NEGARA PADA TAHUN 1994. PADA WAKTU

ITU, GEJALA INI HANYA MENYERANG PEMAIN-PEMAIN SENIOR SAHAJA. NAMUN KINI

PEMAIN-PEMAIN MUDA YANG DIANGGAP PEMAIN PELAPIS NEGARA TURUT TERJEBAK

DENGAN GEJALA INI YANG MULA MENCEMARI SAINGAN LIGA SIMPANAN, KEJOHANAN

UNTUK PEMAIN-PEMAIN DI BAWAH 21 TAHUN BAGI MEREBUT

PIALA PRESIDEN.

Siasatan SPRM berjaya membongkar dua kes rasuah bola

sepak dan menjual perlawanan semasa kejohanan merebut

Piala Presiden yang membabitkan pasukan Negeri Sembilan

dan T-Team. Seterusnya, pertuduhan telah dibuat ke atas tiga

individu iaitu seorang ketua jurulatih, jurulatih penjaga gol dan

seorang bookie.

Rasuah Dalam Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan

Pada 28 Mei 2011, Ketua Jurulatih Skuad Liga Simpanan Negeri

Sembilan, Yusarman Yusof dihadapkan di mahkamah atas 21

pertuduhan di bawah seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009 kerana

memberi rasuah sebanyak RM24,900 kepada pemain-pemainnya

pada 21 April 2011. Penahanan bekas pemain bola sepak itu

menjadi kes pertama membabitkan jurulatih di negara ini yang

dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah bola sepak.

Tertuduh bersama dua lagi bookie yang masih bebas didakwa

memberi suapan RM300 setiap seorang kepada sembilan

pemain. Wang rasuah itu adalah sebagai dorongan bagi

membantu dan memberi peluang pemain SDM Navy (Pulau

Pinang) menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada

bookie dalam satu perlawanan Piala Presiden di Stadium Bertam,

Pulau Pinang. Antara isyarat diberi, pemain Negeri Sembilan

perlu menjaringkan gol jika melihat bookie memakai topi putih

dan pemain serta penjaga gol perlu melepaskan gol bila bookie

mengenakan topi merah.

Rasuah Dalam Pasukan Bola Sepak T-Team Terengganu

Amalan rasuah dalam pasukan ini dikenal pasti berlaku dalam

tahun 2010. Sepanjang tahun tersebut, pasukan T-Team bermain

18 perlawanan Piala Presiden dan daripada jumlah itu, tiga

perlawanan dikenal pasti telah diatur keputusannya. Kegiatan

rasuah ini didalangi seorang bookie warganegara Singapura

iaitu Rajendran a/l Kurusamy (51 tahun) yang juga merupakan

seorang ahli perniagaan.

Tiga perlawanan tersebut adalah seperti berikut:

i. Pasukan T-Team Terengganu menentang pasukan Pahang

di Kuantan. Jurulatih penjaga gol iaitu Sufian Ngah (41 tahun)

yang mewakili bookie telah memberi wang rasuah di antara

RM500 dan RM1,500 kepada enam pemain T-Team. Wang

rasuah tersebut diberi sebagai upah kepada pemain untuk

mengatur perlawanan tersebut.

53 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!