05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

Sindiket Penyeludupan Di Sabah

Pegawai penguatkuasa dan beberapa individu dipercayai

mendalangi kegiatan penyelewengan jualan minyak diesel

bersubsidi di sekitar Sandakan, Sabah. Kerajaan telah

menetapkan harga diesel bersubsidi sebanyak RM1.16 seliter

kepada para nelayan. Walau bagaimanapun, pihak yang tidak

bertanggungjawab ini telah menjual minyak diesel bersubsidi

pada harga RM1.80 seliter kepada pihak industri, sedangkan

harga diesel industri (tanpa subsidi) adalah RM2.60 seliter.

Hasil risikan melalui Ops Legend mendapati terdapat empat

‘players’ besar yang terlibat dalam kegiatan membeli dan menjual

minyak diesel bersubsidi ini. Pihak penguatkuasa dikatakan

menutup sebelah mata dan tidak mengambil sebarang tindakan

terhadap kesalahan yang telah dilakukan.

Kejayaan Operasi

Berdasarkan maklumat risikan yang dijalankan, serbuan telah

dilakukan dan mendapati minyak di dalam lori tangki untuk

edaran kepada nelayan telah dipindahkan ke dalam lori tangki

milik syarikat swasta. Kegiatan ini berlaku semasa dalam

perjalanan ke jeti-jeti nelayan. Ini terbukti dengan penemuan paip

dan pam yang telah siap dipasang untuk kerja-kerja menyedut

dan memindahkan minyak diesel. Hasil daripada operasi ini,

seramai 13 orang telah ditangkap dan empat orang telah dituduh

di Mahkamah Majisteret Sandakan, Sabah iaitu:

i. Dua orang pengusaha sebuah syarikat yang mempunyai

lesen Petroleum Development ACT (PDA) sebagai kebenaran

untuk mengedar petrol ke Point of Sale (POS);

ii. Seorang pemandu lori tangki minyak diesel; dan

iii. Seorang orang awam yang menjadi dalang utama dalam kes

penyelewengan minyak disel.

Tiga daripada empat yang dituduh telah didakwa dan mengaku

bersalah seperti berikut:

i. Kedua-dua pengusaha syarikat didakwa di bawah seksyen

22(2), Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki tiga tong

drum yang mengandungi 600 liter petrol berjumlah RM1,140

tanpa memiliki lesen Control Supply Act (CSA). Mereka telah

didenda sebanyak RM10,000 dan Wang Lepas Bon bagi tiga

tong drum berjumlah RM1,140 berjaya dilucuthakkan.

ii. Seorang pemandu lori tangki didakwa di bawah seksyen 381,

Kanun Keseksaan. Tertuduh ini telah didenda RM4,500 (atau

penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda) dan

dijatuhkan juga hukuman penjara selama tujuh hari.

iii. Seorang lagi tertuduh iaitu dalang utama dalam kes

penyelewengan ini tidak mengaku salah di bawah seksyen

407 Kanun Keseksaan. Kes ini masih lagi di peringkat

perbicaraan.

Di samping itu, SPRM turut menyita empat lori tangki dengan

muatan 10,000 liter minyak diesel, sebuah lori tangki dengan

muatan 20,000 liter minyak diesel, dua buah skid tank dengan

muatan 10,000 liter, satu pam minyak, tiga tong drum petrol

dan 67,000 liter minyak diesel serta 600 liter petrol. Kenderaan

yang disita telah diberikan bon sebanyak RM30,000 setiap satu.

Sebuah lori telah berjaya dilucuthak manakala yang selebihnya

masih dalam proses untuk dilucuthakkan. Ini bertujuan bagi

memastikan supaya kenderaan yang turut digunakan dalam

aktiviti haram dirampas dan tidak lagi dapat digunakan semula

bagi menjalankan aktiviti haram seterusnya.

Manakala sembilan orang lagi yang ditangkap telah diambil

tindakan seperti berikut:

i. Empat orang dijadikan saksi bagi pihak pendakwaan; dan

ii. Lima orang telah dibebaskan kerana tidak dapat dibuktikan

kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Keratan akhbar

kes penyeludupan

barang kawalan

LAPORAN TAHUNAN 2011

56

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!