05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

Projek Mega Kerajaan yang dipantau ketika ini adalah Projek

Sistem Pengangkutan Pantas (Mass Rapid Transit atau MRT)

Lembah Klang yang membabitkan pembinaan rangkaian

rel menghubungkan ibu kota dengan enam kawasan yang

memanfaatkan lebih enam juta pengguna. Projek yang dianggarkan

berharga RM36 bilion ini akan dilaksanakan secara berperingkat

bermula pertengahan tahun 2011 meliputi laluan ke Serdang,

Cheras, Kepong, Damansara, Subang Jaya dan Puchong.

Projek MRT merupakan satu daripada lima program utama yang

akan dilaksanakan di bawah projek Greater KL yang meliputi ibu

negara dan bandar satelit di sekitarnya. Kontraktor yang terpilih

bagi melaksanakan projek ini ialah konsortium usaha sama

Gamuda Bhd dan MMC Corporation Bhd (Gamuda-MMC).

Sistem Pengurusan Akauntabiliti Dan Integriti (SPAI)

Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti (SPAI) merupakan

satu usaha untuk meminimumkan atau menghapuskan sama

sekali risiko rasuah dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti utama

badan awam. Sistem ini menggunakan pendekatan penilaian

risiko (risk assessment) dan pengurusan risiko (risk management)

untuk membantu agensi menyediakan Pelan Pengurusan Risiko

(PPR). Antara agensi yang telah mendapatkan bantuan untuk

memahami kaedah SPAI ini dan menyediakan Pelan Pengurusan

Risiko adalah seperti di Jadual 12.

Jadual 12: Agensi Yang Telah Mendapatkan Bantuan Untuk Memahami Kaedah SPAI

BIL AGENSI/JABATAN TARIKH

1. Syarikat Perumahan Negara Berhad 11 hingga 14 Januari 2011

2. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) 28 Februari hingga 2 Mac 2011

3. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad 3 Mac 2011

4. Kementerian Pelajaran Malaysia 4 - 8 April 2011

5. Kementerian Dalam Negeri (Siri 1/2011) 4 - 7 Mei 2011

6. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 14 - 15 September 2011

7. Kementerian Dalam Negeri (Siri 2/2011) 20 - 23 September 2011

8. Kementerian Dalam Negeri (Siri 3/2011) 18 - 21 Oktober 2011

Pusat Informasi Hadiah

Pemberian dan penerimaan hadiah boleh dikategorikan sebagai rasuah sekiranya terdapat

elemen niat jahat serta mempengaruhi sesuatu keputusan. Terdapat banyak kekeliruan

masyarakat mengenai status pemberian dan penerimaan hadiah itu sendiri. Sehubungan

dengan itu, Pusat Informasi Hadiah ini merupakan satu saluran bagi memberi nasihat

kepada orang ramai yang mempunyai sebarang masalah dan kekeliruan sama ada

hadiah boleh diberi atau diterima atau menjadi kesalahan rasuah. Khidmat nasihat ini

dibuat melalui:

Telefon dan SMS

019-6000 103 dan 019-6000 104

Emel

hadiah@sprm.gov.my

Laman Sesawang

www.sprm.gov.my

LAPORAN TAHUNAN 2011

84

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!