05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PROFESIONALISME

Antara tindakan yang diambil hasil daripada laporan analisis

risiko dan ancaman keselamatan adalah seperti berikut:

i. Menjadikan pengurusan keselamatan sebagai satu agenda

utama bagi menjayakan visi dan misi demi mencapai

aspirasi yang digariskan oleh SPRM;

ii. Memperkemaskan langkah yang sistematik bagi tujuan

pengawasan, penilaian dan pematuhan sistem pengurusan

keselamatan fizikal;

iii. Memperkenalkan dan mendokumentasikan secara

sistematik terhadap semua polisi dan prosedur

keselamatan perlindungan yang boleh dijadikan sebagai

satu sumber rujukan dalam aspek pengurusan keselamatan

perlindungan;

iv. Memperkenalkan beberapa langkah pencegahan, kawalan

dan tindakan susulan semasa berlakunya sesuatu krisis

iaitu ‘crisis management plan’, ‘damage control plan’ dan

‘media control plan’, dan

v. Mewujudkan satu Cawangan Inspektorat dan Unit

Keselamatan yang bertanggungjawab sepenuhnya

terhadap keselamatan perlindungan di peringkat Ibu Pejabat

dan Negeri.

Cawangan Inspektorat ditubuhkan di Bahagian Keselamatan,

Ibu Pejabat SPRM dan Unit Keselamatan di setiap negeri

yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua isu

keselamatan fizikal, dokumen dan personel. Seorang Ketua

Unit Keselamatan dilantik di setiap negeri untuk mengetuai Unit

Keselamatan SPRM Negeri.

Kuasa Polis Bantuan Kepada Pengawal Keselamatan

Bagi mengukuhkan lagi aspek kawalan keselamatan di pejabat,

seramai 18 orang pengawal keselamatan sedia ada dilantik

sebagai polis bantuan oleh PDRM yang mempunyai kuasa polis

bantuan untuk menjalankan tugas pengawalan keselamatan

perlindungan.

Selaras dengan tuntutan tugasan perlindungan keselamatan,

satu pasukan khas telah diwujudkan di Bahagian Keselamatan

SPRM. Pasukan ini bertanggungjawab dalam memberi

perlindungan keselamatan ke atas aset-aset operasi SPRM

seperti saksi, orang tahanan dan barang kes.

Pengurusan keselamatan diperkemaskan lagi melalui Perintah

Tetap Ketua Pesuruhjaya, Surat Arahan dan Garis Panduan

Keselamatan.

Pengawal Keselamatan SPRM yang dilantik sebagai Polis Bantuan

139 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!