05.05.2015 Views

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

Laporan Tahunan SPRM 2011 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BEBAS • TELUS • PROFESIONAL

Majistret

Mohd Firdaus bin Ramlan

Bersalah Meminta Dan Menerima Rasuah Dipenjara Tiga

Tahun Dan Denda RM40,000

Mohd Firdaus bin Ramlan, Majistret Kuala Krai, Kelantan telah

dituduh pada 13 Januari 2010 di Mahkamah Sesyen Kota

Bharu atas kesalahan di bawah seksyen 16(a)(A) dan 17(a)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana

memperoleh suapan RM3,000 dan meminta RM5,000 daripada

Md Shani bin Ishak, melalui C/Insp. Kamarul bin Ahmad Kamardin

untuk membuat keputusan melepaskan Md Shani dengan bon

berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,000

mengikut peruntukan seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Dato’ Abdul Razak dalam

hujahnya memohon mahkamah memberi keputusan sewajarnya

dan tidak bersimpati kepada tertuduh, selain perlu mengambil kira

keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman. Hakim Datuk

Azman Abdullah menyifatkan tindakan Mohd. Firdaus itu telah

melanggar amanah yang diberikan untuk menegakkan keadilan

dan berkata: “Saya sifatkan ini seperti harapkan pagar, pagar

makan padi dan keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah

sah.”

Pada 22 November 2011, Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak

rayuan beliau dan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan

denda RM15,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara tiga

tahun dan denda RM25,000 bagi pertuduhan kedua.

Timbalan Pendakwa Raya

Md. Azar Irwan bin Mohd Arifin

Bersalah Pinda Pertuduhan Minit Kertas Siasatan

Md. Azar Irwan bin Mohd Arifin, Timbalan Pendakwa Raya Negeri

Selangor dituduh pada 27 April 2009 di Mahkamah Sesyen Shah

Alam atas kesalahan di bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan

kerana membuat pindaan minit arahan bagi kertas siasatan

dengan menulis arahan di dalam kertas minit supaya Quah Guat

Chin, Wong Kok Seng dan Low Teck Seng dituduh di bawah

seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan seksyen 39A(1) Akta

Dadah Berbahaya 1952 sedangkan mereka boleh dituduh di

bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan niat

hendak menyelamatkan mereka.

Pada 22 November 2011, Mahkamah Sesyen Shah Alam

menjatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM10,000

atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Hakim Wan Norisham memutuskan setelah mengambilkira fakta

bahawa tindakan yang dilakukan bagi membantu seseorang

menunjukkan niat dan perbuatan salah tanpa perlu dibuktikan

ganjaran yang diperolehi dari tindakannya.

Peguam

Ranjit Singh Karam Singh

Bersalah Meminta Suapan

Pada 18 September 2008, Ranjit Singh Karam Singh, seorang

peguam dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas

kesalahan di bawah seksyen 10(a)(bb) APR 1997 kerana

meminta suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM40,000

bagi pertuduhan pertama dan RM7,000 bagi pertuduhan kedua

daripada Chong Kuck Meng.

Pada 13 Jun 2011, beliau dijatuhkan hukuman penjara empat

tahun dan denda RM200,000 atau satu tahun penjara bagi

pertuduhan pertama. Manakala bagi pertuduhan kedua dijatuhkan

hukuman penjara satu tahun dan denda RM35,000 atau enam

bulan penjara sekiranya gagal membayar denda. Hukuman

penjara berjalan serentak.

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan

Dan Pelaburan Sime Darby Marine

Zambri bin Mohd Iderus

Bersalah Terima Rasuah RM99,000

Zambri bin Mohd Iderus telah dituduh pada 6 Ogos 2010 di

Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan di bawah seksyen

132(2)(b) Akta Syarikat 1965 kerana telah menggunakan

maklumat yang diperolehi atas kedudukan sebagai Pengurus

(tanpa kebenaran pengurusan Sime Darby Engineering Bhd.)

untuk mendapat keuntungan secara langsung bagi dirinya iaitu

menerima dua cek bernilai RM99,000.

Pada 17 Jun 2011, Mahkamah menjatuhkan hukuman denda

RM30,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar

denda. Kereta BMW bernombor pendaftaran “WRT 23” turut

dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia.

LAPORAN TAHUNAN 2011

66

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!