13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGORPROGRAM PENEMPATAN SEMULA SETINGGAN53. LATAR BELAKANGPerbadanan Kemajuan Negeri Selangor (Perbadanan) ditubuhkan pada 1Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor No. 4tahun 1964. Ia merupakan Agensi pelaksana pembangunan peringkat negeriberpandukan dasar Kerajaan Negeri Selangor. Program Penempatan SemulaSetinggan telah dilaksanakan oleh Perbadanan sejak penubuhannya lagi.Walaupun begitu setinggan yang diberi penempatan semula hanya meliputisetinggan yang mendiami tanah milik Perbadanan.Antara matlamat Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) Kerajaan NegeriSelangor adalah untuk mencapai kadar setinggan sifar menjelang tahun 2005. Iasebagai usaha untuk mengurangkan masalah dan memperbaiki taraf hidupsetinggan dengan menyediakan kediaman yang lengkap dengan kemudahan asasyang mampu dimiliki dan dibeli oleh setinggan yang kebanyakannyaberpendapatan rendah. Bagi mencapai sasaran setinggan sifar, Perbadanan turutdiberi tanggungjawab untuk melaksanakan penempatan semula setinggan di tanahmilik Kerajaan Negeri. Ini berdasarkan Perbadanan telah mencatatkan berbagaikejayaan untuk pembangunan Negeri ini malah telah berjaya meraih pengiktirafanMS ISO 9002 bagi bidang pembinaan rumah. Bagi menjayakan program iniKerajaan Negeri telah menganugerahkan Perbadanan 11 bidang tanah seluas338.84 ekar untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan menempatkansemula setinggan. Rumah kos rendah yang dibina untuk penempatan semulasetinggan dijual kepada setinggan pada harga subsidi. Sehingga bulan Disember2003 sejumlah 20,017 keluarga setinggan yang menduduki tanah Perbadanantelah berjaya dipindahkan dan diberi penempatan semula. Pemindahan inimelibatkan subsidi jualan rumah berjumlah RM100.10 juta. Manakala bagisetinggan yang menduduki tanah Kerajaan Negeri, Perbadanan akan menanggungkos subsidi jualan rumah sekurangnya berjumlah RM48.50 juta.212

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!