24.07.2013 Views

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MRCB juga terus diwakili sebagai ahli jawatankuasa

Malaysian chapter bagi United Nations Global Compact

(UNGC) sejajar dengan tujuan kami untuk menerima pakai

piawaian antarabangsa bagi program dan visi CSR kami.

Ia bermatlamat untuk menyepadukan 10 prinsip UNGC

berhubung hak kemanusiaan, hak pekerja, kemampanan

alam sekitar dan anti rasuah ke dalam operasi dan strategi

Syarikat dan melaporkan pelaksanaannya.

Butiran terperinci mengenai program-program CSR Syarikat

dibentangkan dalam laporan berasingan berkaitan CSR yang

merupakan bahagian penting dalam laporan ini.

9. penYata tanggUngJaWaB BerKaItan taHUn

KeWangan Yang DItInJaU

(Menurut perenggan 15.26 (a) Keperluan Penyenaraian

Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad)

Lembaga Pengarah bertanggungjawab sepenuhnya

untuk memastikan supaya Penyata Kewangan Beraudit

disediakan selaras dengan Akta Syarikat, 1965 dan piawaian

perakaunan yang diluluskan dan diguna pakai seperti

ditetapkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia,

untuk membentangkan pandangan yang benar dan saksama

berhubung hal ehwal Kumpulan, dan berhubung keuntungan

dan kerugian serta aliran tunai Kumpulan pada akhir tempoh

perakaunan.

Dalam menyediakan Penyata Kewangan Beraudit, para

Pengarah berpuas hati bahawa Piawaian Perakaunan yang

diluluskan dan diguna pakai di Malaysia telah dipatuhi

dan pertimbangan serta anggaran yang berpatutan dan

berhemah telah dilaksanakan. Penyata Kewangan Beraudit

juga disediakan pada asas usaha niaga berterusan kerana

Lembaga Pengarah mempunyai jangkaan yang munasabah

bahawa, selepas membuat penelitian, Kumpulan mempunyai

sumber yang mencukupi untuk terus beroperasi hingga ke

masa depan yang dapat diramal.

10. penYata pematUHan Dengan KeperLUan BUrsa

maLaYsIa BerKaItan penggUnaan prInsIp-prInsIp

Dan terIma paKaI amaLan terBaIK sepertI Yang

DIgarIsKan DaLam KoD taDBIr UrUs Korporat

maLaYsIa

(Menurut perenggan 15.25 Keperluan Penyenaraian Pasaran

Utama Bursa Malaysia Securities Berhad)

Penyata di atas adalah gambaran yang jelas kepada usaha

bersungguh-sungguh Lembaga Pengarah dan Pengurusan

MRCB untuk mengukuhkan proses tadbir urusnya dan

mengekalkan kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat

yang menerajui guna pakai tadbir urus korporat.

Lembaga Pengarah dengan sukacitanya melaporkan kepada

para pemegang saham bahawa Syarikat telah mematuhi Kod

Tadbir Urus Korporat Malaysia dan Keperluan Penyenaraian

Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Lembaga

Pengarah percaya bahawa pematuhan tersebut merupakan

suatu proses berterusan dan akan terus berusaha untuk

menerima pakai amalan-amalan terbaik dalam tadbir urus

korporat.

penyata tadbir Urus Korporat ini telah diluluskan

oleh Lembaga pengarah melalui resolusinya bertarikh

14 Februari 2012.

tan sri azlan Zainol

Pengerusi

malaysian resources corporation Berhad

/ MRCB laporan tahunan 2011 / 121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!