24.07.2013 Views

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

126 / MRCB laporan tahunan 2011 /

Laporan

JaWatanKUasa aUDIt

1. KomposIsI JaWatanKUasa

Jawatankuasa Audit (“JA”) terdiri daripada empat (4)

orang ahli yang kesemuanya merupakan Pengarah Bebas

Syarikat. Pengerusi JA adalah Dato’ Ahmad Ibnihajar yang

juga merupakan Pengarah Bebas Kanan Syarikat. Dato’

Abdul Rahman Ahmad, ahli JA, adalah ahli Institut Akauntan

Malaysia (“MIA”).

Pada tahun yang ditinjau, Dr Roslan A. Ghaffar telah bersara

daripada JA berikutan persaraan beliau daripada Lembaga

Pengarah. Che King Tow dan Jamaludin Zakaria telah dilantik

sebagai ahli JA, masing-masing pada 20 Mei 2011 dan 24

Ogos 2011.

2. FUngsI Ja

terma rujukan

Kemaskini Terma Rujukan JA yang telah diluluskan oleh

Lembaga Pengarah pada 24 Februari 2005 adalah seperti

digariskan di bawah:

1. JA diberikan autoriti untuk menyiasat sebarang aktiviti

Syarikat, syarikat-syarikat subsidiari dan kakitangannya.

Semua kakitangan diarahkan untuk bekerjasama

sebagaimana yang diminta oleh ahli-ahli JA;

2. JA hendaklah berkuasa untuk mengekalkan individu yang

mempunyai pengetahuan dan pengalaman khusus yang

diperlukan untuk membantu JA dalam melaksanakan

tanggungjawabnya;

3. JA akan membantu Lembaga Pengarah dalam memenuhi

tanggungjawab fidusiarinya, khususnya berkaitan etika

perniagaan, dasar, pengurusan & kawalan kewangan;

4. melalui mesyuarat berjadual yang diadakan dari semasa

ke semasa, JA mengekalkan suatu saluran komunikasi

langsung di antara Lembaga Pengarah, Juruaudit Luar,

Juruaudit Dalaman dan Pengurusan;

5. JA akan memberikan lebih penekanan terhadap fungsi

Audit dengan meningkatkan objektiviti dan kebebasan

Juruaudit Luar dan Juruaudit Dalaman dan dengan

menyediakan forum untuk perbincangan yang bebas

daripada Pengurusan; dan

6. JA hendaklah mengesahkan semua peruntukan

ESOS untuk memastikan supaya ia dijalankan dengan

mematuhi kriteria yang didedahkan oleh Syarikat kepada

kakitangannya.

autoriti

JA hendaklah mempunyai autoriti berikut seperti yang

diberikan oleh Lembaga Pengarah:

1. mempunyai kuasa untuk menyiasat sebarang perkara

dalam terma rujukannya;

2. mempunyai sumber-sumber yang diperlukan bagi

melaksanakan tugas-tugasnya;

3. mempunyai akses sepenuhnya, bebas dan tanpa

halangan kepada sebarang maklumat, rekod, hartanah

dan kakitangan Syarikat;

4. mempunyai saluran komunikasi langsung dengan

juruaudit luar dan juruaudit dalaman;

5. boleh mendapatkan nasihat profesional bebas atau

nasihat lain; dan

6. boleh mengadakan mesyuarat dengan juruaudit luar dan

juruaudit dalaman bersama ahli-ahli bebas Lembaga

Pengarah yang lain (iaitu tanpa kehadiran ahli-ahli

bukan bebas dan eksekutif) sekurang-kurangnya dua kali

setahun atau apabila dianggap perlu. JA juga hendaklah

bermesyuarat secara eksklusif di kalangan ahlinya apabila

perlu.

tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab JA adalah seperti berikut:

1. untuk mempertimbangkan pelantikan juruaudit luar,

yuran audit dan sebarang isu mengenai peletakan atau

pemecatan jawatan;

2. untuk berbincang dengan juruaudit luar, sebelum audit

dimulakan, berhubung bentuk dan skop audit yang akan

dijalankan dan memastikan wujudnya penyelarasan

apabila lebih daripada sebuah firma audit terlibat;

3. untuk mengkaji kerjasama yang diberikan oleh kakitangan

Syarikat kepada juruaudit luar;

4. untuk berbincang dengan juruaudit luar berkenaan

laporan audit dan penilaiannya mengenai sistem kawalan

dalaman;

5. untuk mengkaji penyata kewangan suku tahunan dan

akhir tahun Syarikat sebelum diluluskan oleh Lembaga

Pengarah, dengan memberikan perhatian khusus

kepada:

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!