24.07.2013 Views

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

56 / MRCB annual report 2011 /

Kami juga mengurus 3,000 ruang letak kereta di sekitar

KL Sentral dan sebanyak 3,000 ruang lagi di tempat lain di

sekitar bandaraya.

Tanggungjawab Sosial Korporat

Pada tahun ini, MRCB sekali lagi mendapat pengiktirafan meluas

atas kejayaan yang dicapai oleh program CSR. Untuk tahun

ketiga berturut-turut, kami dipilih sebagai penerima anugerah

di majlis Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan

(NACRA) 2010, yang diadakan pada Januari 2011. Bagi tahun

ketiga berturut-turut juga, kami merupakan fi nalis dalam StarBiz

ICR Malaysian Awards 2010, yang berlangsung pada bulan Mac

2011. Sekali lagi kami telah terpilih ke peringkat akhir di Anugerah

ACCA MaSRA 2011.

Sebagai sebuah syarikat pemaju bandar terkemuka, MRCB

mendokong tanggungjawab sosialnya dengan serius, dan

selaras dengan program Transformasi GLC, kami mengendalikan

program CSR berlandaskan kepada empat rukun utama:

Pendidikan, Alam Sekitar, Kebajikan Kakitangan dan Penggalakan

Seni Visual.

Pada 2011, kami meneruskan penajaan ke sekolah-sekolah

angkat MRCB di bawah program PINTAR dan pada bulan

November MRCB telah menyumbang set kelengkapan sekolah

kepada pelajar yang kurang bernasib baik di tujuh buah sekolah

angkatnya di Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak dan Johor.

Selain itu MRCB juga telah membina sebuah gelanggang futsal

di SK Tebrau Bakar Batu, Johor Bahru.

MRCB komited untuk menyampaikan sumbangannya kepada

kumpulan yang memerlukan di dalam kawasan operasi kami.

Bagi membantu komuniti cacat penglihatan di Brickfi elds, kami

telah menderma sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Orang

Buta Malaysia (MAB) pada bulan Disember.

Dalam satu lagi insiatif CSR yang penting, kami telah

membelanjakan RM3 juta untuk membina semula kuarters

pekerja dan pelbagai kemudahan lain di Masjid Jamek Pasir

Pelangi, Johor. Kuarters yang siap telah diserahkan kepada

Imam masjid tersebut pada bulan Ogos. Pada awal tahun 2011,

kami telah menyampaikan lebih 1,000 karton minuman air

mineral bernilai RM20,000 beserta wang tunai RM10,000 bagi

membantu mangsa banjir di Pagoh, Johor.

Sementara itu, untuk membantu kempen Kerajaan bagi

menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi muda

Malaysia, MRCB telah menyertai dua Pameran Kerjaya pada

bulan Mac dan April: Pameran kerjaya Pemuda Barisan Nasional

yang pertama di Kuala Lumpur dan diikuti dengan pameran

kerjaya di Pulau Pinang.

Laporan penuh CSR kami terdapat di laman web kami di www.

mrcb.com.my dan juga Laporan Kemampanan 2011 kami yang

disediakan secara berasingan daripada laporan ini.

Dialog Pemegang Kepentingan & Komuniti

MRCB mengadakan taklimat untuk para pemegang kepentingan

Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) pada 6 Disember 2011

yang melibatkan pihak media, Pesuruhjaya Tinggi Singapura

yang beribu pejabat di Johor, komuniti perniagaan dan para

pengendali pengangkutan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!