24.07.2013 Views

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

penYata KaWaLan

DaLaman

Lembaga Pengarah percaya dengan sesungguhnya terhadap

kepentingan memiliki sistem kawalan dalaman yang berwibawa

untuk melindungi pelaburan pemegang saham dan aset

Kumpulan. Lembaga Pengarah juga bertanggungjawab secara

menyeluruh ke atas sistem kawalan dalaman MRCB dan

memastikan proses kajian dilaksanakan dari semasa ke semasa

terhadap sistem berkenaan bagi memastikan agar ia sentiasa

relevan dan berkesan bagi menangani keadaan perniagaanya

yang berubah-ubah.

eLemen Utama sIstem KaWaLan DaLaman KUmpULan

aDaLaH sepertI DInYataKan DI BaWaH:

i) Garis autoriti yang ditakrif dengan jelas dalam sktruktur

organisasi bahagian telah diwujudkan bagi memudahkan

penyeliaan dan pemantauan tatacara dan operasi unitunit

perniagaan secara individu serta jabatan-jabatan

perkhidmatan sokongan;

ii) Had-had Autoriti telah diwujudkan bagi Kumpulan dan

syarikat-syarikat subsidiari utama. Had-had Autoriti ini

memperincikan pembahagian dan delegasi tanggungjawab

yang jelas daripada Lembaga Pengarah kepada Jawatankuasa

Lembaga Pengarah dan kepada kakitangan pengurusan dan

peringkat kelulusan bagi semua aspek operasi;

iii) Dokumentasi dasar dan prosedur dalaman yang jelas

dibentangkan dalam satu siri manual prosedur piawaian

operasi. Manual tersebut dikaji dan dipertingkatkan secara

berkala agar bersesuaian dengan perubahan dalam struktur

dan proses perniagaan serta perubahan persekitaran luar.

iv) Jawatankuasa Pengurusan Projek Bersama yang meliputi

penyertaan rakan-rakan kongsi perniagaan luar, jika perlu,

membincangkan dan menilai pihak-pihak yang dijemput

untuk mengemukakan sebut harga dan seterusnya pemberian

kontrak bagi memastikan ketelusan dan kewibawaan proses

pemberian tender;

v) Belanjawan tahunan untuk tahun berikutnya disediakan

terlebih dahulu menggunakan satu proses belanjawan

terperinci. Belanjawan ini tertakluk kepada penilaian dan

penelitian pasukan pengurusan kanan dan EXCO sebelum

ia disyorkan kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan.

Prestasi berbanding belanjawan dipantau pada setiap bulan

dan setiap setengah tahun di mana satu pelaksanaan kajian

belanjawan secara menyeluruh dijalankan;

vi) Prestasi setiap bahagian dan jabatan serta status projekprojek

penting dipantau dan dikaji setiap bulan oleh pasukan

pengurusan kanan dalam mesyuarat peringkat bahagian

yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan jika

perlu, pelan tindakan akan disediakan untuk menangani

risiko dan isu-isu yang dikenal pasti.

vii) Maklumat yang kerap dan menyeluruh disediakan oleh

Pengurusan kepada Lembaga Pengarah dan Jawatankuasajawatankuasanya

yang meliputi prestasi kewangan, petunjuk

prestasi utama dan prestasi aliran tunai;

viii) Pelbagai sistem maklumat pengurusan diwujudkan untuk

menyediakan maklumat yang tepat dan kena pada masanya

berhubung prestasi Kumpulan kepada pihak pengurusan

dan bagi membantu pengurusan membuat keputusan yang

berkesan;

ix) Sebuah Rangka Kerja Pengurusan Risiko disediakan dan telah

disemak semula pada tahun 2011 untuk mempertingkatkan

keberkesanannya dan memastikan agar ia terus bersesuaian

dan boleh diaplikasi dengan perubahan dalam struktur,

proses dan persekitaran perniagaan Kumpulan; dan

x) Kunjungan dan kajian secara kerap oleh Audit Dalaman

dilaksanakan ke atas bidang-bidang risiko utama bagi

menyediakan jaminan bebas terhadap keberkesanan sistem

kawalan dalaman Kumpulan serta memberi nasihat yang

membina kepada Pengurusan untuk penambahbaikan

seterusnya.

Lembaga Pengarah percaya bahawa pembangunan sistem

kawalan dalaman merupakan suatu proses berterusan dan

telah mengambil langkah untuk menambahbaik sistem

kawalan dalaman sepanjang tahun yang ditinjau, dan akan terus

melakukan yang sedemikian. Pada tahun yang ditinjau, beberapa

aspek yang boleh dipertingkatkan dalam sistem kawalan

dalaman telah dikesan. Pengurusan telah bertindak balas

terhadap isu-isu yang dibangkitkan dan mengambil langkahlangkah

yang sewajarnya untuk menangani aspek-aspek yang

boleh dipertingkatkan yang telah dipaparkan tersebut.

Pengaturan bagi pemantauan, kajian dan laporan yang ada

menyediakan jaminan munasabah bahawa struktur kawalan dan

operasinya adalah bersesuaian dengan operasi Kumpulan dan

bahawa risiko berada di paras yang boleh diterima di seluruh

perniagaan Kumpulan. Walau bagaimanapun, pengaturan

sedemikian tidak menghapuskan kemungkinan kesilapan

manusia, pengabaian prosedur kawalan secara sengaja oleh

kakitangan dan pihak-pihak lain atau berlakunya peristiwa yang

tidak diramal. Lembaga Pengarah berpendapat bahawa sistem

kawalan dalaman yang ada pada tahun ditinjau berada dalam

keadaan baik dan memuaskan untuk melindungi pelaburan

pemegang saham, kepentingan pemegang kepentingan dan

aset Kumpulan.

penyata Kawalan Dalaman ini telah diluluskan oleh Lembaga

pengarah melalui resolusinya pada 14 Februari 2012.

tan sri azlan Zainol

Pengerusi

malaysian resources corporation Berhad

/ MRCB laporan tahunan 2011 / 131

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!