24.07.2013 Views

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

Connecting the nation. and Beyond. - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

54 / MRCB annual report 2011 /

PENYATA PENGERUSI

oleh penyewa utama, Parkson Corporation dan Golden Screen

Cinemas Sdn Bhd, yang menduduki ruang seluas lebih 186,000

kaki persegi, setelah perjanjian dimeterai pada tahun 2010.

Penyertaan beberapa jenama bertaraf perdana yang lain di Nu

Sentral telah mengukuhkan lagi keunikan karektor pusat membelibelah

ini sebagai sebuah hab gaya hidup dan gedung membelibelah

yang istimewa. Nu Sentral juga merupakan gedung

membeli-belah pertama di Malaysia yang sedang berusaha ke

arah mencapai BCA Green Mark (pematuhan) dari Singapura dan

Green Building Index (pensijilan) Malaysia.

MRCB bersama rakan usahasamanya, Kumpulan Syarikatsyarikat

Quill, telah memulakan kerja di Lot D di pembangunan

KL Sentral. Lot D yang dikenali sebagai The Sentral Residences,

dimajukan sebagai sebuah kondominium mewah baru dengan

Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak kira-kira RM1.4 bilion.

Pembangunan The Sentral Residences yang dirancang mematuhi

Indeks Bangunan Hijau (GBI), akan saling melengkapi dua

kondominium yang telah disiapkan di KL Sentral, iaitu Suasana

Sentral dan Suasana Sentral Loft yang sedia ada. Pembangunan

yang dilancarkan pada bulan September ini telah mendapat

sambutan yang sangat menggalakkan dengan kadar jualan

melebihi 60% dalam tempoh tiga bulan dan pembinaannya

dijangka akan disiapkan menjelang tahun 2015.

MRCB telah membeli sebidang tanah seluas satu ekar di Jalan Kia

Peng, Kuala Lumpur pada bulan Januari 2011. Projek yang dirangka

untuk kediaman mewah ini dijangka akan memaparkan keunikan

dengan memanfaatkan nila-nilai estetika Pusat Bandaraya

dengan pemandangan indah Banjaran Titiwangsa dan Genting

Highlands. Projek yang dirancang akan dimajukan sepanjang

tempoh tiga tahun ini mempunyai anggaran GDV bernilai

RM300 juta.

Pada bulan April, Kumpulan telah mengambilalih keseluruhan

kepentingan ekuiti dalam 59 INC Sdn Bhd, yang memiliki 27.41

ekar tanah di Mukim Setapak yang mempunyai kelulusan

bersyarat untuk pembangunan bercampur. Pada bulan Julai,

Kumpulan memperoleh hak eksklusif untuk memajukan dua

bidang tanah milik Kerajaan sebagai sebahagian daripada langkah

transformasi berterusan kawasan Brickfi elds yang terletak

bersebelahan dengan KL Sentral. Pembangunan campuran di

kedua-dua bidang tanah ini akan secara ketara menambahbaik

kualiti kehidupan masyarakat Brickfi elds. MRCB menganggarkan

projek yang dijadual akan mengambil masa tiga tahun untuk

disiapkan pembinaannya ini mempunyai GDV sebanyak lebih

RM1 bilion.

Sementara itu, Kumpulan berusaha secara berterusan untuk

mencari kerja pembinaan baru di bawah inisiatif Kerajaan yang

bermatlamat membangunkan Greater Kuala Lumpur – sebuah

elemen penting dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP)

yang diisytihar pada tahun 2010. Dengan rekod pencapaian yang

telah terbukti melalui pembangunan hab pengangkutan bandar

seperti KL Sentral, Kumpulan berminat menjadikan antara salah

sebuah pemaju hartanah yang akan bersama-sama memajukan

tanah Institut Penyelidikan Getah di Sg. Buloh ini.

Bahagian Kejuruteraan & Pembinaan

Pencapaian utama bahagian Kejuruteraan & Pembinaan

pada tahun 2011 ialah kejayaan mendapatkan kontrak bernilai

RM1.33 bilion yang diperoleh bagi projek sambungan laluan

LRT Ampang melalui syarikat subsidiari milik penuhnya, MRCB

Engineering Sdn Bhd (MESB) pada bulan Ogos 2011.

Kejayaan memperoleh kontrak utama dalam persekitaran

persaingan yang hebat membuktikan keupayaan dan

pengalaman kita menjalankan pelbagai projek infrastruktur

utama. Projek pembinaan bernilai RM1.33 bilion ini telah

meningkatkan sekali ganda tempahan pembinaan kita kepada

kira-kira RM2.6 bilion dan dijangka akan menyumbang secara

positif kepada pertumbuhan hasil dan pendapatan mulai tahun

2012 dan seterusnya.

Di samping itu, MESB juga memperoleh kerja sub-kontrak

bernilai RM67.2 juta daripada Sunway Construction Sdn Bhd

bagi fabrikasi dan penghantaran ‘segmental box girders’ untuk

sambungan LRT Kelana Jaya.

Pembangunan kita di KL Sentral juga mencatatkan kemajuan

selanjutnya di mana beberapa projek telah mencapai pelbagai

peringkat penyiapan. Lot E yang turut dikenali sebagai KL Sentral

Park, telah disiapkan pada suku terakhir tahun 2011, sementara

348 Sentral, ibu pejabat CIMB Investment Bank (Lot A) dan pusat

membeli-belah Nu Sentral, serta dua bangunan pejabat dan

sebuah hotel di Lot G mencapai kemajuan lancar mengikut jadual.

Kita juga telah memulakan kerja untuk Q Sentral (Lot B) dan The

Sentral Residences (Lot D) pada tahun 2011. Pengalaman yang

kita timba daripada kompleks kediaman bertingkat tinggi, pejabat

dan gedung membeli-belah yang menggunakan teknologi

hijau ini telah mengukuh lagi kedudukan kami sebagai sebuah

peneraju terkemuka dalam sektor kejuruteraan dan pembinaan

di Malaysia.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!