27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Ujian Pasca ( 25 – 27 April 2005 )

Ujian pasca ini adalah untuk mendapatkan data terkini sebagai perbandingan dengan data yang

diperoleh dari ujian pra.

Pemantauan Tindakan

Semasa sesi tindakan ujian pasca dijalankan, rakan penyelidik Nurwani dan Nurhanim membantu

usaha untuk mendapatkan data yang diperlukan. Mereka telah dibekalkan dengan borang senarai skala

pemarkahan dan mengisinya semasa sesi tersebut berlangsung (rujuk lampiran A).

Ujian Pasca ini dijalankan dengan mencatat dan merekod kekerapan murid bertutur dalam bahasa

Inggeris walaupun satu perkataan yang diucapkan. Jika murid bercakap dengan mencampurkan antara

bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, penyelidik dan rakan penyelidik tetap akan merekod dan

mencatat setiap kali perkataan tersebut dituturkan. Apa yang penting dalam proses merekod ini ialah

kekerapan murid dalam menuturkan apa-apa perkataan dalam bahasa Inggeris.

Penyelidik amat yakin kebanyakan murid akan cuba untuk menuturkannya dalam Bahasa Inggeris

walaupun mereka tahu sebutan atau bunyi yang dikeluarkan adalah tidak tepat. Perkara lain yang

penyelidik jangkakan ialah apabila salah seorang murid terdengar atau melihat dua orang rakan

mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris maka murid tersebut akan merasakan dirinya terpanggil

dan tercabar untuk berbuat demikian juga. Ini satu keadaan yang amat baik dan satu perkembangan

yang positif.

Rekabentuk Penyelidikan

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Membuat refleksi keberkesanan

tindakan yang diambil

Membuat tinjauan terhadap daerah

kelemahan pelajar berkomunikasi

dalam Bahasa b Inggeris

Mengumpul data dan analisis

maklumat

Merancang untuk meningkatkan

keupayaan pelajar berkomunikasi

dalam Bahasa b Inggeris

Melaksanakan tindakan mengikut

perancangan

PENGUMPULAN DATA

Proses kutipan data awal telah dilaksanakan melalui kaedah dan prosedur sebagaimana yang dinyatakan

dalam bidang metodologi kajian.

143

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!