27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Keputusan di atas menunjukkan bilangan murid yang menyiapkan kerja rumah sebelum dan selepas

tindakan. Sebelum tindakan dijalankan hanya 3 orang murid sahaja dapat menyiapkan sebahagian

kerja yang diberi. Manakala 2 orang murid langsung tidak menyiapkannya. Selepas menjalankan

tindakan ini, guru dapat melihat perubahan yang berlaku dikalangan murid-murid yang bermasalah

ini. Perubahan ini jelas menunjukkan bahawa tindakan berstruktur yang diambil oleh guru berjaya dan

berkesan. Tindakan juga dapat mengurangkan bilangan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah.

REFLEKSI TINDAKAN

Rawatan guru telah berkesan dan pada akhir tindakan ini, guru dapat menyelesaikan masalah muridmurid

tidak menyiapkan kerja rumah ini. Selepas kajian ini, murid-murid juga meminta bantuan guru

semasa menyiapkan sesuatu kerja rumah. Pada mulanya guru berasa masalah ini merupakan suatu

masalah yang tidak dapat diselesaikan tetapi apabila menjalankan tindakan berstruktur ini, guru berasa

yakin kerana dapat mengurangkan bilangan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah.

Sewaktu mula-mula menjalankan kajian ini, guru berasa marah kerana tidak mendapat bantuan dan

sokongan daripada guru-guru lain. Apabila guru mengadakan sesi temu bual murid-murid dapat

menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka di rumah. Dengan ini guru dapat mengetahui

punca–punca yang menyebabkan murid tidak menyiapkan kerja rumah.

Guru dapat mengumpul satu data yang terperinci apabila menjalankan sesi soal selidik. Sewaktu

menjalankan soal selidik ini, guru dapat melihat perasaan murid terhadap sesuatu kerja rumah.

Murid–murid dapat menyenaraikan perasaan yang mereka alami.

Pada akhir tindakan ini, guru berpuas hati kerana berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

anak muridnya. Guru juga bercadang untuk meneruskan tindakan-tindakan ini pada masa akan datang

jika masalah ini berulang.

PENUTUP

Dapatan kajian ini menunjukkan respons yang positif dalam melaksanakan kaedah berstruktur

pembelajaran sekolah rendah. Kaedah berstruktur ini dapat menilai prestasi murid dengan lebih jelas

dan tepat. Perkara ini dilihat relevan kerana pelaksanaan kaedah berstuktur yang baik menyebabkan

pembelajaran yang lebih terancang dan menyeluruh. Justeru, keadah ini memerlukan satu landasan

yang kukuh dari segi pendekatan kaedah itu sendiri .

Kaedah ini juga wajar difikirkan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Secara

keseluruhannya, didapati kaedah ini merupakan suatu kaedah yang baik dan dapat memastikan muridmurid

yang bermasalah pembelajaran dapat belajar dengan gembira, seronok tanpa berasa bosan dan

mendapat sokongan yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

149

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!